ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Mar 03, 2023

INFAQ PAKEJ UTILITI PELAJAR YATIM MANGSA GEMPA CIANJUR FASA 2

RM80 / 2.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq mengagihkan utiliti sekolah dan kos pendidikan anak-anak yatim yang menjadi mangsa terjejas gempa Cianjur!


Islam menempatkan anak yatim di tempat istimewa di mana di dalam Al-Quran anak yatim disebutkan sebanyak 23 kali dalam pelbagai konteks (8 kali dalam bentuk mufrad, 1 kali mustsanna dan 14 kali dalam bentuk jama’). Firman Allah SWT memerintahkan kepada kaum umat Islam untuk berkongsi dan memaklumkan kepada saudara dekat untuk menyantuni, membela dan melindungi anak yatim.



Dalam ayat-ayat Al-Quran itu juga, Allah mengutuk orang-orang yang bersikap kasar atau menzalimi anak yatim. Paling khas dan paling utama menjadi perhatian Al-Quran adalah anak-anak yatim yang miskin. Karena mereka sangat memerlukan bantuan kita semua untuk membiayai kehidupan mereka terutama untuk menyara kebutuhan asas termasuk hak mereka untuk menerima pendidikan dan belajar di sekolah. Seperti firman Allah SWT yang tercantum dalam Al Quran:


”Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim. Orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga banggakan diri”

(Q.S. An-Nisa’ 4:16)



Dari khemah-khemah pelarian bisa kita jumpai anak-anak pelajar yang masih bersemangat untuk belajar tetapi bencana gempa bumi menghancurkan sekolah dan peralatan sekolah mereka ikut rusak. Beberapa dari mereka terpaksa kehilangan ibu bapa yang menjadi mangsa maut gempa Cianjur.




Asar Humanity mengajak anda untuk memudahkan keperluan sekolah anak-anak yatim di Cianjur. Insya-Allah bantuan dari anda akan sangat membantu anak-anak yatim ini untuk kembali meraih cita-cita dan kehidupan masa depan lebih baik. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat