Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM480 / 16.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
32 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Hasbunallah wa ni’mal wakiil.
Sudah sampai hari ke-38 dari eskalasi agresif Zionis terhadap warga di Gaza. Kini warga Gaza masih terancam oleh serangan Zionis. Dikabarkan pelarian di Al Shifa Hospital mengalami ancaman jika keluar dari kawasan hospital. Sniper Zionis akan menembak siapa saja tepat di leher sekalipun itu pesakit darurat yang membutuh perubatan.
Kita sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, tapi kita tidak boleh berdiam diri. Pada masa ini, Asar Humanity menjemput anda semua untuk menyertai usaha mengumpul dana untuk menyediakan warga Gaza yang masih bertahan dengan bekalan seadanya.
Menyedari bahawa kita sedang memasuki musim sejuk, Asar Humanity bertujuan untuk mengutip derma dan menjemput tuan-tuan untuk mengagihkan tilam dan selimut kepada saudara-saudara kita di Gaza yang menjadi pelarian di kem sederhana.
Bermula dari RM10 InshaAllah bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut kembali pembebasan Al Aqsa. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, kami berharap laporan ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera. Dalam usaha untuk meringankan beban saudara-saudara kita di Gaza, yang terus berdepan dengan kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, kami mengucapkan ribuan terima kasih mengenai pengagihan bantuan selimut. Sebanyak 200 selimut telah berjaya diedarkan kepada penduduk Gaza yang telah berlindung di kem pelarian Rafah, wilayah selatan Gaza.
Kewujudan selimut ini memberikan sedikit kehangatan dalam keadaan yang sangat dingin. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan dan Puan, dan semua pihak yang telah menyokong bantuan bagi merealisasikan misi kemanusiaan ini. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Semoga kita semua sebagai umat Islam dapat bersatu hati menjaga agama dan membantu orang lain, agar di akhirat kelak, rezeki yang diperolehi menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2023