MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 25, 2024

INFAQ TANGKI AIR BERSIH UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM1,635 / 54.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

4 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUHLAH BERINFAQ MULAI RM10 BAGI PEMBINAAN TANGKI AIR UNTUK MEMBANTU PENGAJIAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DEMI MERAIH KEREDAAN ALLAH SWT.


Air merupakan salah satu khazanah yang merupakan satu anugerah daripada Allah dan keperluan asas bagi manusia. Namun, semakin hari semakin terhad air kerana bertambahnya bilangan pengguna yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Begitulah keadaan yang berlaku di maahad tahfiz kami di sini. Tekanan air menjadi rendah disebabkan ramainya pengguna.



Dalam pada itu, gangguan bekalan air sering terjadi di maahad ini lebih-lebih lagi pada musim kemarau di awal tahun di negeri Kedah ini. Ketiadaan air dan tekanan air yang rendah ini menyukarkan proses pengajian di sini kerana air sering digunakan untuk keperluan minuman, mandi, berwuduk, qadha hajat, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain lagi.



Oleh itu, maahad berhasrat menambah satu tangki simpanan air yang besar supaya mampu untuk menampung dan menyimpan air dengan kuantiti yang banyak untuk mengelakkan masalah tekanan air rendah dan ketiadaan bekalan air. Tangki air yang besar di maahad tahfiz yatim dan asnaf ini adalah salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah tekanan air yang rendah dan ketiadaan air yang sering berlaku.


Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan sumbangan dana daripada orang ramai bagi menyediakan tangki yang besar untuk dijadikan air simpanan bagi menghadapi musim kemarau yang panjang kelak.



Jom menanam benih ibadah dan pahala sempena bulan Rabiulawal ini, bulan kelahiran insan terulung Nabi Muhammad ﷺ kerana ia merupakan amalan yang baik dan mulia di sisi agama yang mendatangkan pahala bagi yang melakukannya. Walaupun telah meninggal dunia, pahala dari amal kebaikan tersebut akan terus mengalir kepadanya. 


Oleh itu, marilah berinfaq dan menabung pahala mulai RM10 melalui amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk tabung infaq pembinaan tangki air di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Semoga Allah SWT mengganjarkan pahala yang berlipat ganda yang akan menjadi jalan untuk meraih keredaan Allah SWT berjaya di dunia dan di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2024

NIZAM YUSOF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 01, 2024