Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,055 / 35.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
38 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahun Baru adalah saat yang istimewa, dan kali ini, mari kita sambut tahun baru dengan memberikan kebahagiaan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin, yang merupakan hadiah yang sangat istimewa dalam hidup kita. Sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, menyayangi dan memberi perlindungan kepada anak yatim adalah amalan mulia yang akan mendekatkan diri kita dengan rahmat Allah SWT.
Rasulullah saw bersabda: "Aku dan penanggung anak yatim berada di dalam syurga seperti dua ini." Dan baginda menunjukkan dengan jari-jarinya, iaitu telunjuk dan jari tengahnya. (Jami` at-Tirmidzi 1918)
Dalam semangat menyayangi orang lain, kami menjemput anda untuk mengambil bahagian untuk memberi hadiah istimewa kepada anak-anak Tahfiz yang miskin dan yatim. Bungkusan itu bukan sahaja mengandungi peralatan solat, malah makanan berkhasiat bagi memastikan keperluan asas mereka dipenuhi.
Kenapa kita pilih anak tahfiz?
Mereka adalah generasi pelapis yang sedang berusaha mendalami ilmu agama. Memberi sokongan kepada mereka bukan sahaja sebahagian daripada keprihatinan sosial, tetapi juga pelaburan untuk masa depan umat Islam. Sebagai umat yang mengikut jejak langkah Rasulullah SAW, marilah kita bersama-sama menyinari langkah mereka ke arah ilmu dan kebahagiaan. Bersama-sama, kita dapat mencapai keberkatan Allah SWT dan mewujudkan kebahagiaan bagi mereka yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SATRIA
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Dec 31, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM300.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Dec 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2023