Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM554 / 18.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
37 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam suasana meriah hari raya yang masih menghangatkan hati, marilah kita teruskan semangat kebaikan yang telah kita tanamkan. Bulan Ramadan mungkin sudah berlalu, namun semangat memberi dan berbuat kebaikan tidak akan padam begitu sahaja. Asar Humanity, dengan keazaman yang kukuh, menjemput anda untuk memastikan kebajikan anak-anak yatim kurang upaya berterusan di Rumah Azaki.
Di sana, terdapat 25 kanak-kanak istimewa yang memerlukan kasih sayang, perhatian dan bantuan kita. Mereka seperti Junior, dengan semangat terpuji menghadapi setiap halangan walaupun keterbatasan fizikalnya. Gibran, dengan hati yang lemah lembut, terus mendoakan keluarganya walaupun dalam kesusahan. Ada juga Diki yang bakat melukisnya luar biasa. Defi pula menunjukkan ketabahan dan kebijaksanaan sebagai imam solat.
Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa kita tidak boleh melakukannya seorang diri. Kami memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang yang baik hati seperti anda. Setiap sumbangan, bermula daripada RM10, amat bermakna kepada kami dan akan digunakan untuk menampung keperluan harian anak-anak kami, termasuk makanan, rawatan perubatan dan pendidikan.
Jom tunjukkan istiqomah kita dalam beramal. Bersama-sama kita meneruskan perjalanan kebaikan ini, di bulan Syawal yang penuh barakah, dengan misi mencipta kebahagiaan zuriat Rasulullah. Mari bersama-sama melukis senyuman di wajah anak-anak di Azaki House. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah ala kulli haal, Pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar bantuan berupa pakej makanan dan barangan runcit kepada Rumah Azaki yang terletak di Kecamatan Gunung Putri, Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat. Bantuan ini terdiri daripada:
- 6 guni beras (@10kg)
- 4 kg daging lembu
- 4 kg ayam potong
- 10 kg telur
- 1 paket buah-buahan
- 1 paket sayuran
- 2 botol madu
Ketibaan pasukan Asar Humanity disambut dengan penuh semangat oleh kanak-kanak OKU di Rumah Azaki. Mereka dengan gembira membantu membawa barangan bantuan tersebut.
Bantuan makanan berkhasiat ini sangat penting bagi kanak-kanak ini, memandangkan mereka masih dalam proses pertumbuhan yang memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Dengan adanya bantuan ini, keperluan makanan berkhasiat bagi kanak-kanak dapat dipenuhi, sekaligus memberikan ketenangan kepada pengurus Rumah Azaki dalam menyediakan makanan untuk kanak-kanak untuk beberapa waktu akan datang.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan sukarelawan yang telah terlibat dalam membantu mereka yang memerlukan. Bantuan dan perhatian anda amat bermakna bagi kanak-kanak di Rumah OKU Azaki.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM18.00
May 11, 2024
KAISYA KHALID
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 04, 2024