Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM460 / 15.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kekejaman Zionis dan kesedihan terus terjadi tak kenal masa. Aidilfitri yang diharapkan menjadi sumber kegembiraan, bertukar menjadi era kesedihan. Satu minggu selepas hari raya, usaha Israel untuk menghalang bantuan kemanusiaan mewujudkan krisis kemanusiaan yang lebih teruk.
Gaza Utara, merana dalam kesunyian selama berbulan-bulan, kini diancam semula oleh serangan tentera Israel. Malah pekerja kemanusiaan yang cuba membawa bantuan kepada yang memerlukan menjadi sasaran, seperti yang ditunjukkan oleh pembunuhan kejam tujuh pekerja bantuan asing.
Dalam tragedi yang semakin meluas, Zain Orouk, seorang kanak-kanak Gaza, yang sebelum ini terselamat daripada serangan udara Israel, kini menjadi mangsa selepas peti bantuan jatuh ke atasnya. Kisahnya, seperti kebanyakan kanak-kanak Palestin yang lain, adalah gambaran penderitaan yang tidak berkesudahan yang mereka alami.
Di kem pelarian, imej kebahagiaan Hari Raya telah pudar. Rabiea, seorang gadis kecil yang kehilangan dua abangnya dalam konflik itu, menyatakan hasratnya untuk kehidupan yang lebih baik, walaupun dalam keadaan yang menyakitkan.
Ribuan kanak-kanak Palestin kini hidup tanpa keluarga, terpisah daripada kasih sayang yang mereka perlukan. Ini adalah realiti menyedihkan yang menunjukkan bahawa keperluan dan keselamatan kanak-kanak sering diabaikan dalam konflik yang berterusan.
Kita mungkin tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan keganasan atau menamatkan sekatan yang menyeksakan Gaza. Namun, kita mempunyai kuasa untuk memberikan bantuan nyata kepada mereka yang memerlukan.
Asar Humanity terus menjemput anda untuk kembali melanjutkan menentang kekejaman ini dan menjadi suara untuk yang tidak didengari. Setiap sumbangan adalah bukti nyata solidariti kami dan sokongan kami terhadap perjuangan mereka mempertahankan tanah suci Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Pasukan Asar Humanity di Gaza berjaya menyediakan bungkusan makanan untuk keluarga pelarian mangsa serangan Zionis. Setakat ini beberapa keluarga di kawasan Deir Al Balah mencoba mencari tempat perlindungan di reruntuhan bangunan rumah mereka yang dihancurkan Zionis. Juga ramai di antara mereka yang tinggal di khemah dan pusat perlindungan darurat.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan keredhaan Allah SWT dan sokongan anda yang berterusan, Asar Humanity boleh mewujudkan komitmen dan amanah untuk membersamai saudara kita di Gaza. Perwakilan kepala keluarga menerima dengan senang hati bungkusan makanan yang mewah ini. Tak berhenti mereka menyampaikan terima kasih kepada penderma yang murah hati.
Namun kekejaman dan penjajahan Zionis masih terjadi, pasukan Asar Humanity di Gaza terus merayu anda untuk tetap bersuara tentang perjuangan rakyat Palestin dan jangan meninggal mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 19, 2024
KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 19, 2024