Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM60 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam semangat kemenangan bulan Syawal, marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan ini lebih bermakna dengan berkongsi bahagia bagi kehidupan pelajar maahad pedalaman. Berbaki kurang 2 minggu lagi sebelum bulan ini berakhir. Namun begitu, perjuangan kita adalah untuk membantu mereka masih belum berakhir.
Asar Humanity dengan komitmen yang tinggi ingin menjemput anda berkongsi kebaikan melalui bantuan makanan asasi untuk pelajar di maahad tahfiz. Anak-anak yatim, fakir dan miskin di pelbagai maahad masih memerlukan sokongan kita agar mereka dapat terus mengejar impian dalam menuntut ilmu Al-Quran dan agama.
Tiada sumbangan yang terlalu kecil, setiap bantuan daripada anda akan memberi mereka tenaga dan harapan. Dengan hanya RM 10, anda boleh menyediakan makanan berkualiti seperti beras, minyak masak, telur, susu, dan makanan pendamping lainnya akan menjadi hantaran kita untuk mereka.
Mari kita buktikan bersama bahawa sifat ihsan masih menjadi pendorong utama dalam hati kita. Sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sertai kami meraikan semangat Syawal dengan berkongsi kegembiraan bersama pelajar maahad yang memerlukan. Semoga Allah memberikan keberkatan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Melanjutkan perjalanan Tim Ksatria Asar Humanity menyalurkan amanah dari Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan untuk pelajar maahadi di kawasan Serang, Banten. Tim lapangan juga melawat ke Maahad Roudhatul Qur’an, di mana 70 pelajar maahad dhuafa mendapatkan peluang belajar ilmu agama dengan percuma.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Pengurus maahad sangat berterima kasih, tak henti memanjatkan berdoa kepada Allah semoga para penyumbang diberikan kesehatan dan rizki yang berlimpah. Bantuan anda sangat membantu meringankan kos kebutuhan makanan di maahad ini.
Lihatlah bagaimana mereka dengan senang hati memasak, kemudian makan bersama dalam pinggan besar. Makan mereka sangat lahap. MashaAllah!
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
SUHAIDA
Menyumbang sebanyak RM20.00
Apr 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2024
ROSNIDAWANI BT IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 26, 2024