Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM455 / 15.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan sukacita dan keberkahan Syawal, mari kita berbagi kepedulian kepada saudara-saudara kita yang tengah berjuang di Gaza. Hari Raya Aidilfitri tidaklah sama bagi mereka yang terus merasakan beban berat akibat penjajahan Zionis yang tidak berpenghujung. Di tengah runtuhan dan serpihan di Jabalia, Utara Gaza, rakyat Palestin menjalani kehidupan mereka dengan tekad yang luar biasa. Meski telah kehilangan banyak hal yang dicintai dan terus dihadapkan pada ancaman kekerasan.
Pada hari pertama Aidilfitri, serangan yang menghentam Gaza kembali meragut nyawa rakyat Palestin. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah korban tewas terus bertambah, mencapai angka yang memilukan. Anak-anak Gaza, meskipun hidup dalam ketakutan dan kehilangan, tetap menunjukkan keberanian dan ketabahan yang menginspirasi.
Di khemah pelarian, Rabiea, seorang gadis kecil Gaza mengatakan, tiada hari raya tahun ini. Jauh daripada perayaan, Aidilfitrinya bermula dengan membaiki kerosakan akibat hujan malam sebelumnya, membawa pasir untuk menopang khemah mereka. Setelah kehilangan dua orang abangnya dalam peperangan, keinginannya yang mudah adalah untuk keadaan hidup di khemah yang lebih baik.
UNICEF dan Pejabat Media Kerajaan di Gaza telah mengesahkan bahawa ribuan anak Palestina kini hidup tanpa perlindungan keluarga mereka, terpisah dari orang-orang yang mereka cintai. Ini adalah kenyataan yang menyedihkan dari kekejaman yang terus berkecamuk, di mana kebutuhan dan keselamatan anak-anak seringkali diabaikan.
Namun, di tengah semua itu, ada harapan. Kita mungkin tidak memiliki kekuatan untuk menghentikan kekerasan atau meruntuhkan blokade yang menyiksa Gaza, tetapi kita memiliki kekuatan untuk memberikan bantuan nyata kepada yang membutuhkan. Jangan berhenti menghantarkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Kita tunjukkan bahwa mereka tidak sendiri dalam perjuangan mereka.
Asar Humanity terus mengajak anda untuk bergabung dalam menentang kekejaman ini dan menjadi suara bagi yang tak didengari. Setiap sumbangan yang kita berikan adalah bukti dukungan kita terhadap perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah suci Palestin dan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Semangat Syawal kita raikan dengan solidaritas yang kuat kepada saudara kita di Palestin. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Pasukan Asar Humanity di Gaza berjaya menyediakan bungkusan makanan untuk keluarga pelarian mangsa serangan Zionis. Setakat ini beberapa keluarga di kawasan Deir Al Balah mencoba mencari tempat perlindungan di reruntuhan bangunan rumah mereka yang dihancurkan Zionis. Juga ramai di antara mereka yang tinggal di khemah dan pusat perlindungan darurat.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan keredhaan Allah SWT, sokongan dan doa anda yang berterusan, Asar Humanity boleh mewujudkan komitmen dan amanah untuk membersamai saudara kita di Gaza. Perwakilan kepala keluarga menerima dengan senang hati bungkusan makanan yang mewah ini. Tak berhenti mereka menyampaikan terima kasih kepada penderma yang murah hati.
Namun kekejaman dan penjajahan Zionis masih terjadi, pasukan Asar Humanity di Gaza terus merayu anda untuk tetap bersuara tentang perjuangan rakyat Palestin dan jangan meninggal mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2024
MUHAMMAD TAUFIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2024