ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 05, 2024

INFAQ UNTUK AGIHKAN SUSU DAN MAKANAN KHAS ANAK DI GAZA

RM655 / 21.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kanak-kanak di Gaza memanggil kita. Ayuh maksimalkan bulan haram dengan menghantarkan susu dan makanan khas berzat!


Seorang bayi berusia tujuh bulan, Fayez Abu Ataya, baru-baru ini diumumkan meninggal dunia akibat kekurangan makanan dan rawatan perubatan di Semenanjung Gaza. Keadaan semakin kritikal dengan kematian meningkat setiap hari. Inilah realiti pahit yang berlaku di Gaza.



Kanak-kanak mati bukan sahaja kerana kekejaman serangan dan penjajahan Zionis tetapi juga kerana sekatan yang memberhentikan keperluan asas, salah satunya adalah susu dan bekalan makanan khas untuk bayi. Dehidrasi dan kekurangan zat makanan adalah punca utama, disebabkan oleh kekurangan akses kepada bekalan makanan dan bantuan kemanusiaan.



Kisah tragis ini adalah antara ribuan kisah yang mendedahkan penderitaan anak-anak Gaza. Dalam keadaan yang semakin prihatin, ramai ibu di Gaza yang berjuang untuk memastikan anak-anak mereka mendapat makanan walaupun dalam keadaan yang sangat sukar.



Asar Humanity kembali dengan harapan dan seruan untuk membantu anak-anak Gaza. Kami percaya setiap sumbangan, tidak kira jumlahnya, dapat mengisi perut yang lapar dan memberi harapan kepada anak-anak Gaza untuk mendapat nutrisi yang mereka perlukan. Walaupun halangan Zionis menghalang akses kepada bantuan, kekuatan perpaduan dan keprihatinan kita akan memberikan semangat kepada saudara kita yang sedang berjuang.



Dengan setiap ringgit yang anda sumbangkan, kami membina jambatan persaudaraan dan harapan untuk generasi rakyat Gaza. Bulan haram ini adalah masa yang sesuai untuk kita memperbanyakkan kebaikan dan amal soleh. Bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al-Aqsa.



Insya-Allah kita akan mengagihkan susu formula kanak-kanak yang memerlukan, sehingga memberi mereka harapan untuk masa depan yang lebih baik. Semoga Allah SWT senantiasa memberkahi usaha kita dalam mewujudkan keadilan dan perdamaian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2024

SITI NORMALINA BT ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 07, 2024

Kempen Sumbangan Tamat