Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,319 / 43.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di bulan Syawal yang penuh berkah ini, mari kita lanjutkan semangat hari raya dengan memberikan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Waktu subuh adalah waktu yang amat mustajab untuk beramal, dan kita dapat menggapainya dengan memberikan sedekah harta untuk membagikan pakej makanan bagi saudara-saudara kita yang tengah menjalani kehidupan dengan tekad yang luar biasa di Gaza.
Walaupun mereka telah kehilangan begitu banyak, termasuk keselesaan dan keamanan yang kita nikmati, rakyat Palestin terus berjuang dengan kegigihan yang menginspirasi. Kita mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang segala kekejaman atau meruntuhkan blockade yang menyiksa mereka, tetapi kita mempunyai kekuatan untuk memberikan bantuan nyata kepada yang memerlukan.
“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)
Jangan berhenti menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Dengan setiap sumbangan yang kita berikan, kita menunjukkan bahawa mereka tidak sendirian dalam perjuangan. Kita bersama-sama, sebagai satu umat, menegakkan solidaritas dan kepedulian terhadap mereka yang sedang berjuang.
Situasi masih genting. Menurut UNRWA, konvoi bantuan masih dihalang oleh pihak berkuasa Israel, menyebabkan krisis makanan yang terus berlanjut, terutama di utara Gaza. Dalam menghadapi kebohongan dan manipulasi daripada pihak-pihak yang ingin mengaburkan realiti kemanusiaan di Gaza, marilah kita bersama-sama menjadi suara bagi yang tidak terdengar.
Bersama kita dalam menentang kekejaman ini. Setiap sumbangan yang kita berikan adalah bukti sokongan kita terhadap perjuangan mereka mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa.
Mari kita jadikan waktu subuh bulan Syawal ini sebagai momen untuk memberikan keberkahan kepada saudara-saudara kita di Gaza. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada anda dan keluarga, dan membalas setiap kebaikan yang anda lakukan berlipat ganda. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah ala kulli haal. Tak cukup mengucap berjuta syukur atas keredhaan Allah SWT, tim Asar Humanity kembali menghantarkan pakej makanan asas dan barang runcit untuk saudara-saudara kita di Gaza. Pada kesempatan kali ini Tim Asar Humanity berjaya mengagihkan bekalanan makanan untuk saudara kita Palestina di kem pelarian wilayah Khan Younis. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Serangan penjajah yang berterusan dan halangan yang tidak dapat dielakkan menyeksa saudara-saudara kita di Gaza. Namun kekuatan doa dan sokongan insyaAllah dapat menembusi Arsyi Allah agar Allah mengizinkan bantuan ini menjadi tenaga perjuangan saudara kita di Palestin yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Meraih fadhilat bulan Zulhijjah dari amalan infaq dan sedekah melalui Asar Humanity:
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Pasukan Asar Humanity di Gaza berjaya menyediakan bungkusan makanan untuk keluarga pelarian mangsa serangan Zionis. Setakat ini beberapa keluarga di kawasan Deir Al Balah mencoba mencari tempat perlindungan di reruntuhan bangunan rumah mereka yang dihancurkan Zionis. Juga ramai di antara mereka yang tinggal di khemah dan pusat perlindungan darurat.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Dengan keredhaan Allah SWT dan sokongan anda yang berterusan, Asar Humanity boleh mewujudkan komitmen dan amanah untuk membersamai saudara kita di Gaza. Perwakilan kepala keluarga menerima dengan senang hati bungkusan makanan yang mewah ini. Tak berhenti mereka menyampaikan terima kasih kepada penderma yang murah hati.
Namun kekejaman dan penjajahan Zionis masih terjadi, pasukan Asar Humanity di Gaza terus merayu anda untuk tetap bersuara tentang perjuangan rakyat Palestin dan jangan meninggal mereka.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 30, 2024