Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM280 / 9.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memasuki awal tahun 2024, kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa masih ramai keluarga miskin yang bergelut untuk menyediakan makanan harian. Mereka, pejuang di jalanan, sering pulang ke rumah tanpa membawa bekal untuk isteri dan anak. Sebagai sebahagian daripada Asar Humanity, menjemput anda terus mendampingi mereka yang memerlukan. Mustahil untuk meneruskan perjalanan kebaikan ini tanpa sokongan dan sumbangan anda semua.
Sebagai bentuk kesyukuran atas kebaikan yang telah anda edarkan sepanjang tahun 2023, kami merayu anda untuk menyertai kempen ini. Bersama-sama, kita boleh meluaskan skop kebaikan ini dan berkongsi kegembiraan dengan mereka yang memerlukan bantuan.
Memaksimalkan keutamaan sedekah subuh, dalam meraih keredhaan Allah SWT di mana kesempatan kita dapat didoakan malaikat subuh. “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270).
Terima kasih atas kebaikan dan keprihatinan anda. Marilah kita lanjutkan agihan makanan berkhasiat untuk asnaf yang paling membutuhkan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 11, 2024