Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM30 / 1.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
3 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Selamat memasuki minggu kedua bulan Rejab yang penuh barakah. Marilah kita bersama-sama menginsafi nilai-nilai kebaikan dan keprihatinan terhadap orang lain terutamanya saudara-saudara kita dalam kategori asnaf yang memerlukan bantuan.
Minggu ini, kami menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kempen membantu dengan makanan sedia untuk dimakan yang berkhasiat. Tidak semua orang mempunyai peluang yang sama untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka, dan sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama memberikan sokongan.
Setiap sumbangan yang anda berikan akan digunakan untuk menyediakan hidangan sedia untuk dimakan yang lengkap, bersih dan kaya dengan nutrisi untuk keluarga yang memerlukan. Kami percaya bahawa kebaikan yang kami sebarkan bukan sahaja menyediakan makanan, tetapi juga memberikan harapan dan kemesraan.
Dengan menyertai kempen ini, kami bukan sahaja menyediakan makanan, tetapi juga memberi harapan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Bulan Rejab ini adalah momentum untuk kita saling menjaga dan berkongsi kasih sayang. Terima kasih atas penyertaan dan sumbangan anda. Semoga setiap langkah kecil yang kita lakukan menjadi amalan yang diterima olehNya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 25, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 24, 2024