Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM280 / 9.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memasuki pertengahan bulan Rejab, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Di bulan ini, marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni yang Allah SWT tunjukkan kepada kita. Asar Humanity dengan rendah hati mengajak anda untuk memahami erti keberkatan dengan beramal dan memberi bantuan kepada orang lain.
Di tengah kesibukan kita, kadang-kadang kita terlupa tuah yang kita ada. Bulan Rejab adalah masa yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri dan memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Jom sertai kempen amal bersama Asar Humanity.
Bantu kami menyediakan pakej makanan asas untuk golongan miskin dan orang kurang upaya yang memerlukannya. Dengan menderma, anda bukan sahaja memberikan bantuan material, tetapi juga menyemai harapan dan kemesraan di hati mereka.
Marilah kita sama-sama menggunakan bulan Rejab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menyebarkan kasih sayang dan belas kasihan kepada orang lain. Dengan setiap derma yang anda berikan, anda menyumbang untuk membina kebahagiaan dan harapan bagi mereka yang memerlukan.
Mulai dari RM10, sumbangan Anda akan digunakan untuk memberikan pakej makanan asas dan barang runcit makanan lainnya yang bergizi sesuai dengan kebutuhan makanan warga di daerah tempatan. Pakej ini akan dihantarkan kepada golongan asnaf yang tidak memiliki kemampuan untuk memenuhi kebutuhan makanan mereka.
Sebelumnya, kami berjaya menghantarkan pakej makanan kepada beberapa penerima manfaat seperti ibu tunggal, warga emas terbiar, anak yatim, pejuang keluarga di jalanan dan banyak lagi golongan asnaf yang sudah terbantu impak dari sumbangan anda. Barakallahu fiikum. Mari lanjutkan kebaikan ini, masih ramai asnaf yang perlu kita bantu. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 19, 2024