Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM217 / 7.23 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Marilah kita bersama-sama meraikan semangat Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan melakukan kebaikan kepada orang lain terutama kepada mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya untuk kita menyambut keberkatan bulan Rejab dengan menyediakan juadah berbuka puasa bagi asnaf. Jangan lepaskan peluang kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi!
Bulan Rejab yang memasuki hari-hari terakhir menjadi momentum berharga bagi memastikan setiap umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh khusyuk, tanpa merasai beban kekurangan makanan.
InshaAllah kami akan menyediakan pakej juadah berbuka dan sahur untuk asnaf yang memerlukan. Kami bukan sahaja menyediakan makanan, malah memastikan mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan aman dan tenteram, tanpa risau kekurangan rezeki. Namun, tentu saja kami tak dapat berjalan sendiri.
Menyertai kempen ini adalah langkah konkrit untuk kita merealisasikan erti sebenar Ramadan iaitu keberkatan, belas kasihan dan keprihatinan terhadap orang lain. Dengan menderma mulai RM10, bukan sahaja membantu menyediakan makanan, tetapi juga mengeratkan hubungan sosial antara kami sebagai umat Islam. InshaAllah sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk makanan berbuka puasa bagi asnaf yang berpuasa pada bulan Ramadan nanti.
Tiada jumlah derma yang terlalu kecil, setiap sumbangan mempunyai nilai yang besar. Bersama-sama kita dapat mewujudkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan untuk semua. Ayuh sertai gerakan kebaikan ini dan jadikan Ramadan tahun ini sebagai detik yang membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua orang. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 09, 2024
AITCH.AYU
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Feb 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 05, 2024