Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM150 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah-tengah tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, lebih dua juta rakyat Palestin berada dalam keadaan tegang, di ambang kebuluran dan penyakit yang boleh dicegah. Hiba Tibi, Pemangku Timbalan Pengarah Serantau CARE International, menggambarkan situasi yang teruk di mana orang ramai tidak mempunyai pakaian musim sejuk, selimut, atau apa-apa untuk memanaskan anak-anak mereka.
Lumpur membanjiri khemah, manakala kemudahan sanitasi sangat terhad, memaksa orang ramai membuang air besar di tempat terbuka. Wanita hamil berbaring di lantai sejuk tanpa tilam, manakala kanak-kanak mempunyai najis berdarah. Gaza berdepan krisis kemanusiaan yang lebih mendalam akibat sekatan Israel yang menghalang kemasukan bantuan makanan melalui lintasan Kerem Shalom.
Perlu diingat bahawa lebih daripada 2 juta penduduk Gaza bergantung kepada bantuan UNRWA untuk terus hidup, tetapi dana mereka telah dibekukan oleh beberapa negara Barat dan sekutu Israel. Negara-negara ini, yang dianggap 'bertamadun,' termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan sebagainya, telah memutuskan pembiayaan, menyebabkan rakyat Gaza berada dalam keadaan yang semakin terdesak. Ini adalah genosida terhadap Gaza yang tidak bisa dimaafkan. Salah satu tim kami di Gaza pun syahid karena dibedil tentara Zionis.
Asar Humanity, mengajak semua pihak yang mementingkan hak asasi manusia dan kemanusiaan untuk bersatu dan menghulurkan bantuan sebanyak mungkin. Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu menyediakan makanan, bekalan dan sokongan kesihatan segera kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Bantuan anda sebelumnya sudah dihantarkan untuk pelarian di kem Rafah, Deir Al Balah dan Nuseirat. Mari lanjutkan kebaikan ini.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity