Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM535 / 17.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Lebih 115 hari telah berlalu sejak serangan Zionis ke atas Gaza yang mengorbankan sehingga 25,000 orang. Tragedi ini adalah antara yang paling dahsyat yang pernah menghantui manusia. Gaza, kini penjara untuk 2.3 juta orang, sedang bergelut menentang dua musuh utama: pengeboman yang memusnahkan harapan dan sekatan kemanusiaan yang menjadikan hidup sengsara.
Mereka yang terselamat bukan sahaja berdepan risiko terkena bom setiap hari, malah terpaksa berdepan kelaparan dan kesejukan kerana sukar memenuhi keperluan asas kehidupan. Penyakit juga semakin menular akibat sanitasi yang kurang baik. Di mana mereka tidak mempunyai akses yang mencukupi kepada sumber air.
Ini bukan hanya tentang perjuangan, tetapi tentang kemanusiaan dan keadilan. Kami menjemput anda untuk tidak berhenti bercakap tentang Palestin, kerana ini bukan hanya tentang konflik, tetapi tentang keprihatinan kita terhadap sesama manusia.
Di pertengahan bulan Rejab ini, kami memohon sumbangan anda untuk menjadi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan air bersih di Gaza. Setiap sumbangan anda akan membantu memastikan operasi lori air RM3,000 yang boleh menghantar beribu-ribu liter air bersih kepada mereka yang memerlukan.
Walaupun kita mungkin tidak dapat menghentikan serangan Zionis atau menghapuskan sekatan, kita mempunyai kuasa untuk memberikan bantuan sebenar kepada mereka yang memerlukan. Sebesar mana pun sumbangan anda, InshaAllah akan menjadi saksi kepada sokongan kami terhadap perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa.
Marilah kita bersatu untuk bercakap benar dan memberi harapan kepada mereka yang sedang berjuang. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, lori air bersih berjaya dihantar kepada saudara-saudara kita yang tinggal di kem pelarian di kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Inilah keadaan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa penjajahan dan sekatan Zionis, sehingga keperluan asas kehidupan tidak dapat dipenuhi. Alhamdulillah, hantaran bantuan ini dapat melegakan mereka. Terima kasih, Pahlawan Kebaikan! Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 30, 2024
ROHANI BINTI MD SHAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 29, 2024