Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM315 / 10.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di celah-celah kesunyian pedalaman yang jauh dari kesibukan kota, ada sebuah maahad sebagai sumber cahaya ilmu untuk anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang memberikan kesempatan belajar Al Quran dengan percuma. Namun, di sebalik keazaman tegas pengasas maahad, terdapat cabaran besar yang dihadapi mereka setiap hari iaitu kos terhad, termasuk kos elektrik.
Selalunya, kegelapan yang menyelubungi bilik menjadi penghalang kepada pelajar untuk belajar dan menghafaz Al-Quran dengan sepenuh hati. Had kewangan memaksa mereka bergelut untuk memenuhi keperluan elektrik mereka, yang seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dalam bentuk kos elektrik untuk menerangi bilik darjah, asrama dan kawasan belajar maahad ini. Dengan tindakan ini, kami bukan sahaja memberikan cahaya lampu, tetapi juga menerangi masa depan mereka.
Kami melihat betapa berharganya setiap kanak-kanak di pedalaman, dan betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan mereka. Marilah kita bersama-sama mengubah kegelapan menjadi terang, dan jangan biarkan kekurangan bekalan elektrik menjadi penghalang kepada pendidikan mereka.
Sertai kami dalam menyokong maahad di kawasan pedalaman ini dengan memberikan bantuan dalam bentuk sokongan bayaran kos token elektrik. Asar Humanity bekerjasama dengan tim relawan di pedalaman, mendengarkan seruan mereka yang mencari pertolongan.
InshaAllah sumbangan anda tidak hanya diagihkan kepada 1 atau 2 maahad, tetapi juga ramai maahad yang kekurangan pencahayaan. Cerahkan masa depan mereka, satu langkah kecil dengan bantuan token elektrik boleh membuat perubahan besar dalam masa hadapan generasi penerus agama. Semoga setiap langkah kebaikan kita diterima Allah dan dijadikan ladang amal yang berterusan mendatangkan pahala.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 01, 2024
MOHD ROZI BIN HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 30, 2024