Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM555 / 18.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Anda pasti sudah mengenali Mak Ratim dalam kempen yang kami lancarkan. Begitulah jiran mengenal beliau, sosok ibu yang sangat kuat. Di usianya yang sudah tua, 68 tahun ia masih melakukan pekerjaan yang melelahkan bagi warga emas pada umumnya.
Menenun kain dan menjaga itik milik jiran. Beliau tinggal di rumahnya yang sederhana bersama dengan anak semata yang sakit lumpuh karena 3 tahun lepas kecelakaan kerja. Mak Ratim yang merawat anaknya. Kasih sepanjang masa, walaupun anaknya sudah berusia 49 tahun tapi ia tidak pernah meninggalkan anaknya.
Dari hasil kerjanya sebagai buruh kain tenun, beliau menerima wang RM3 setiap harinya. Kemudian dari mengurus itik milik jiran, beliau diberikan seekor itik setiap masa per satu bulan. Itik itu kemudian dijual seharga RM12 untuk tambahan wang. Namun, usianya yang tua tidak dapat menutupi kondisi badannya yang sudah tua, jika ia lelah dan terlalu berat bekerja, dadanya sakit dan sesak. Terlebih mak Ratim pun memiliki penyakit paru-paru, ada cairan di paru-parunya.
Sudah lama ia tidak pergi ke hospital untuk mendapatkan perubatan. Terakhir kali ia pergi ke dokter, dokter kata ia harus terus melakukan pengubatan untuk menyembuhkan sakitnya. Tetapi kondisi ekonomi yang terbatas, tak mampu ia membayar kos perkhidmatan kesihatan. Ia menahan rasa sakit utamanya terus bekerja untuk anaknya yang sakit lumpuh.
Asar Humanity menjemput anda untuk membantu mak Ratim mendapatkan perkhidmatan kesihatan untuk mengubati sakit paru-parunya. InshaAllah sumbangan dari anda akan kami berikan kepada mak Ratim untuk membayar perkhidmatan di hospital, kos ubat-ubatan, dan kenderaan pergi balik ke hospital.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".(Saba' 34:39)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 18, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 17, 2023