ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 04, 2023

BANTUAN PERALATAN MEDIS UNTUK MANGSA SERANGAN DI GAZA

RM925 / 30.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sekatan Zionis menyebabkan perkhidmatan kesihatan kekurangan perubatan dan peralatan kesihatan, serangan terus berlanjut mangsa terus berjatuhan. Jom bantu hantarkan bantuan sekarang!


Innalillahi wainna ilaihi raajiun.


Dalam 24 jam terakhir 4 Disember, serangan udara yang dilakukan oleh Israel di Semenanjung Gaza telah merenggut nyawa 316 warga sipil dan menyebabkan puluhan bahkan ratusan lainnya terluka parah. Tindakan brutal ini tidak hanya meninggalkan bangunan hancur, tetapi juga menyisakan ratusan jenazah yang menumpuk di Hospital Al-Najjar, mengharuskan warga Gaza untuk menghadapi kenyataan kejam.



Pada masa yang sama, realiti keadaan yang dihadapi oleh penduduk Gaza semakin terungkap. Hospital Al-Ahli Baptist yang penuh sesak dengan ratusan korban terluka, dan kekurangan bantuan perubatan serta peralatan perubatan telah menyebabkan individu yang terluka tanpa rawatan yang mencukupi. Hancurnya infrastruktur kesihatan dan pengeboman rumah penduduk di Rafah menyebabkan situasi semakin sukar.



Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Munir Al-Barsh, menyatakan bahawa hanya sedikit daripada sekitar 40,000 orang yang mendapat izin untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza. Malah, beberapa di antaranya telah meninggal dunia sebelum persetujuan pemindahan boleh diberikan. Ini mewujudkan keperluan mendesak untuk membawa bantuan dan peralatan perubatan ke Gaza.



Kempen ini bertujuan untuk mengumpulkan dana dan menyokong untuk membawa bantuan ubat dan peralatan perubatan ke Gaza, serta memfasilitasi pemindahan korban yang memerlukan rawatan di luar Gaza. Melalui usaha bersama, kita dapat memberikan harapan dan rawatan kepada mereka yang paling memerlukan.



Kita tidak boleh berdiam diri walaupun kita sedar bahawa kepungan Zionis menyekat akses ke Gaza. Dimulai dari RM10 InshaAllah bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut kembali pembebasan Al Aqsa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat