Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM160 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Muharam adalah waktu yang sangat mulia dan perlu dihormati. Dalam firman Allah, bulan ini dinamakan bulan yang penuh keberkatan. Setiap kebaikan yang dilakukan akan dilipatgandakan pahalanya, manakala dosa yang buruk dan maksiat akan digandakan. Naudzubillah. Semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam melaksanakan amal soleh.
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”
(Quran Surah At-Taubah 9:36)
Di maahad, ramai pelajar hidup dalam keterbatasan dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk membaca Al-Quran seperti buku, alat tulis dan bahan pembelajaran lain. Walaupun pengasas maahad berusaha keras dengan sumber yang terhad, peralatan yang ada sering digunakan secara bergantian dan cepat rosak, menghalang proses pembelajaran mereka.
Dalam kempen ini, kami mempersembahkan peralatan baru untuk beribadah dan mengaji, yang merangkumi:
1. Peralatan Solat Baharu
2. Peralatan Sekolah
Setiap sumbangan, tidak kira berapapun, mempunyai impak yang besar pada masa depan mereka. Sumbangan anda bukan sahaja membawa kebahagiaan, tetapi juga memberi harapan dan peluang yang lebih baik untuk masa depan mereka. Baru-baru ini kami hantarkan utiliti beribadah dan pengajian anak-anak maahad di Nusa Tenggara. Namun, kebaikan ini harus terus meluas kepada maahad lainnya yang paling memerlukan.
Manfaatkan bulan Muharam ini untuk berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang dengan pelajar maahad yatim dhuafa. Semoga setiap kebaikan yang kita berikan menjadi saksi di hadapan Allah SWT dan membawa keberkatan dalam hidup kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
MASLIZA ABDUL FATAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 19, 2024
ABDUL RAHIM BIN ABDUL MALEK
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 19, 2024