Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM135 / 4.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
21.6 juta orang di Yaman amat sangat membutuhkan bantuan kemanusiaan dan situasi ini semakin teruk hari demi hari. Seramai 456,000 anak di bawah usia lima tahun menderita kekurangan gizi akut selama tahun 2023. Yang paling teruk adalah 97,000 anak-anak yang berasal dari keluarga sangat miskin.
Pemotongan dana bantuan makanan dan pembayaran tunai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) makin menghimpit kehidupan di Yaman. Bagaimana warga dapat hidup mandiri sementara mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka untuk makanan, tempat tinggal, pakaian dan penjagaan kesihatan.
Konflik yang berpanjangan telah mengganggu ekonomi dan menyukarkan orang ramai untuk mencari pendapatan menyara kebutuhan keluarga. Begitu pula kos makanan yang tinggi menyebabkan orang ramai sukar untuk menyara diri. Apalagi untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Keadaan ini bagi orang yang hidup dalam kemiskinan sangat tidak mudah. Mereka sering terpaksa membuat pilihan yang sukar, memilih antara makanan dan ubat. Kebutuhan asas yang semestinya mereka miliki.
Asar Humanity kembali menjemput anda untuk memperhatikan saudara-saudara Muslim kita di Yaman. InshaAllah dimulai dari RM10 anda dapat membantu menyediakan paket makanan nutrisi bagi anak-anak Yaman terbantut seperti susu dan makanan khas bernutrisi penuh.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".(Saba' 34:39)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 25, 2023
HAMBA ALLAH HAJJAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Aug 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 22, 2023
NIKIFLI
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 22, 2023