Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM149 / 4.97 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kemiskinan adalah realiti yang melanda sekitar 26 juta rakyat Indonesia menurut data Badan Pusat Statistik (BPS) pada tahun 2022. Mereka hidup di bawah garis kemiskinan, tanpa kemampuan kewangan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan penjagaan kesihatan. Namun, kita mempunyai peluang untuk membuat perubahan. Oleh itu, Asar Humanity memulakan kempen bantuan yang sangat penting.
Tingginya tingkat kemiskinan di Indonesia disebabkan oleh beberapa faktor kritikal. Salah satunya adalah kadar pengangguran yang tinggi, terutama dalam kalangan generasi muda. Ini menjadikan pencarian pekerjaan yang dapat membantu mereka keluar dari kemiskinan menjadi sesuatu yang sangat sukar. Selain itu, masyarakat kita juga sering terpapar bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan tsunami yang boleh merosakkan rumah, perniagaan dan pencarian, menyebabkan banyak orang jatuh ke dalam kemiskinan.
Asar Humanity mengundang anda untuk menyertai kempen ini, untuk berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan, terutamanya pekerja keras yang bertahan di jalanan dan korban bencana alam. Anda boleh menyumbang bermula dari RM10. Dana yang anda sumbangkan akan digunakan untuk menyediakan hidangan berkualiti dan siap masak kepada keluarga yang berjuang yang tidak mampu memenuhi keperluan makanan mereka.
Paket makanan ini akan diedarkan kepada mereka yang telah terluka oleh kehidupan di jalanan dan kesukaran dalam mendapatkan makanan yang berkualiti. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2023