ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 06, 2024

INFAQ OPERASI DAN AKTIVITI PENYEMBUHAN TRAUMA BAGI ANAK DI GAZA

RM165 / 5.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sampai kapan kanak-kanak Gaza terus menjadi mangsa terdedah kekejaman Zionis Israel? Jangan berhenti di sini! Jom bantu hantarkan kebahagiaan untuk mereka!


Di Gaza, penderitaan tidak mengenal batas. Dalam kejadian tragis, seorang ibu warga Palestin menjerit ketika menyaksikan anaknya terbakar hidup-hidup selepas serangan udara Israel melanda sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan bagi pelarian. Kejadian ini hanyalah salah satu daripada banyak kisah sedih yang menggambarkan ketidakadilan yang dialami oleh penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak.



Di tengah-tengah kemusnahan, sekolah yang sepatutnya menjadi tempat selamat bagi mereka yang terpinggir kini menjadi sasaran kezaliman. Di utara Gaza, dua sekolah yang menempatkan keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal ditembak, meninggalkan trauma yang mendalam. Serangan ini telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 30 orang awam, dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak. Pemandangan menyayat hati kanak-kanak yang tidak berdosa terbaring kaku di halaman.



Kanak-kanak di Gaza bukan sahaja menghadapi bahaya fizikal, tetapi juga ancaman penyakit. Lonjakan penyakit kulit dalam kalangan mereka adalah akibat langsung daripada kemusnahan infrastruktur kesihatan Israel. Kehidupan di pusat migrasi yang sesak dan tercemar, tanpa kemudahan kesihatan yang mencukupi, hanya menambahkan penderitaan mereka.


Rakyat Palestin yang berpindah ke sekolah, berharap perlindungan antarabangsa akan melindungi mereka daripada keganasan selanjutnya, kini mesti menerima kebenaran pahit bahawa tiada tempat yang benar-benar selamat. Dengan sokongan tanpa syarat dari Amerika Syarikat, Israel terus melancarkan serangan ke atas segala-galanya di Gaza, termasuk sekolah dan hospital UNRWA, mengakibatkan kematian puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.



Di tengah penderitaan ini, Asar Humanity degan bantuan orang dermawan hadir dengan harapan untuk membantu anak-anak Gaza. Kami percaya setiap sumbangan dapat memberikan harapan dan nutrisi yang amat diperlukan untuk anak-anak Gaza. Kami menjemput anda untuk menderma yang akan diedarkan dalam bentuk:


1. Makanan

2. Mainan

3. Aktiviti penyembuhan trauma



Bermula dari RM10 memberi harapan kepada generasi muda Palestin di Gaza. Bersama-sama, kita boleh menyokong perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah air dan mencapai kebebasan untuk Al-Aqsa. Sebelum ini, kami telah menyampaikan amanah sumbangan anda kepada anak-anak di kem pelarian Deir Al Balah.



Pasukan Asar Humanity di sana menyediakan makanan ringan, mainan dan bermain dengan mereka dengan gembira. Jangan berhenti di sini! Jom jaga anak-anak Gaza. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keamanan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 07, 2024

Kempen Sumbangan Tamat