ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 02, 2024

INFAQ BANTU OPERASI HALAQAH AL QURAN ANAK GAZA DI KEM PELARIAN

RM760 / 25.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

34 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Saudara-saudara di Gaza menghadapi penjajahan ini dengan terus mempertahankan akidah dan agama Allah. Jom sokong operasi aktiviti halaqah kanak-kanak pengajian halaqah Al-Quran di kem pelarian.


Kemusnahan dan penderitaan yang ditimbulkan oleh Zionis tidak mematahkan semangat penduduk Gaza untuk bangkit dan meneruskan kehidupan serta beribadah kepada Allah. Alhamdulillah, team Asar Humanity di Khan Younis dan Deir Al Balah telah bertemu saudara-saudara kita yang menjadi pelarian di bumi sendiri dan kerap menjalankan aktiviti halaqah tahfiz Al-Quran untuk kanak-kanak.



Sebelum peningkatan serangan penjajah Israel yang meningkat sejak Oktober lalu, dengan bantuan dan doa anda semua, Asar Humanity secara rutin membantu menyampaikan Al-Quran baru ke masjid dan kelas tahfiz di Gaza. Namun, apabila serangan berterusan memusnahkan masjid dan sekolah, serta memusnahkan Al-Quran dan kitab suci lain, program halaqah itu dihentikan. Alhamdulillah, kini walaupun dalam keadaan daif di kem pelarian, aktiviti bacaan halaqah dapat dijalankan semula.



Serangan terbaru pada awal tahun ini telah menyebabkan kerosakan yang lebih dahsyat lagi di Gaza. Banyak kem pelarian yang terjejas teruk, menyebabkan ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan. Namun, semangat untuk terus menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak pernah pudar.



Dalam situasi penuh cabaran ini, Asar Humanity menjemput anda untuk menyokong aktiviti halaqah tahfiz di kem pelarian. Bermula dari RM10, insya-Allah sumbangan anda sangat membantu untuk memastikan aktiviti ini diteruskan. 



Sumbangan ini akan digunakan untuk membaiki khemah tempat halaqah diadakan, menyediakan kemudahan mengaji, dan memberi sokongan kafalah kepada guru-guru mengaji. Selain itu, kami juga akan menyediakan pakej makanan untuk anak-anak supaya mereka tidak perlu risau akan kelaparan selepas belajar.



Dengan situasi blokade yang masih berterusan dan sekatan ke atas bantuan kemanusiaan, keperluan untuk bantuan dari pihak luar semakin mendesak. Marilah kita bersama-sama membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al-Aqsa. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keamanan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2024

ARIFFIN BIN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat