Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM140 / 4.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
11 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami akan meneruskan kempen untuk menyokong makanan berkhasiat pelarian di Gaza. Menurut ActionAid International, setengah juta orang di utara Gaza menghadapi ancaman kerugian yang akan berlaku akibat kekurangan makanan yang teruk dan penyakit yang mengancam nyawa yang dilaporkan disebabkan oleh kekurangan makanan dan air yang teruk.
Dalam kenyataan akhbar, ActionAid memberi amaran bahawa hampir kehabisan bekalan makanan dan air semakin membahayakan nyawa mereka yang hampir tidak diselamatkan semasa pengeboman Israel yang hebat selama sebulan.
Asar Humanity menjemput anda untuk menderma yang insyaAllah akan terus membantu operasi dapur makanan siap masak untuk penduduk yang terjejas akibat serangan yang masih terselamat di kem pelarian. Mereka hidup di tengah kekejaman Zionis. Inilah masanya untuk kita bersama-sama menyertai perjuangan mereka. Bermula dari RM10, kami akan menyediakan pakej makanan siap masak yang lazat dan berkhasiat.
Beberapa hari lalu kami menghantar lebih 1,500 pek makanan kepada penduduk di selatan Gaza. Pelarian bertahan dengan apa yang mereka mampu, khususnya di kem pelarian sementara di Sekolah Tareq ben Ziad dan Sekolah Al Israa, Khan Yunis, Gaza. Mereka masak dengan kayu api.
Alhamdulillah dengan sumbangan daripada anda semua, Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan hati kepada yang memerlukan. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Nov 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2023