Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM205 / 6.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tuan dan Puan, kami mulakan dengan permintaan maaf kerana kempen untuk menyokong dapur makanan belum memenuhi kebutuhan makanan bagi pelarian mangsa serangan di Gaza. Maka dengan ini, kami lancarkan kembali kempen untuk mencukupi operasi dapur masak supaya terus dapat menyediakan makanan bagi saudara-saudara kita setiap hari.
Kita sedar bahawa semakin hari kekejaman Zionis semakin menyakiti saudara kita di sana. Sekatan di beberapa wilayah menutup pintu masuk bantuan, belum lagi ancaman bagi warga yang berulang alik akan dibedil oleh tentara Zionis. Tentu saja berdiam diri bukanlah pilihan, mari terus berdoa dan menyokong saudara kita agar dapat bertahan hidup. Melalui rezeki dan nikmat yang Allah SWT titipkan kepada kita, semoga salah satunya menjadi wasilah kita untuk membela kemerdekaan Palestina dan pembebasan Al Aqsa.
Asar Humanity kembali menjemput anda untuk menderma membantu operasi dapur makanan siap masak untuk saudara kita yang menjadi pelarian dan terselamat di kem pelarian. Mulai sumbangan dari RM10, kita akan membantu operasi dapur masak yang lazat dan berkhasiat.
Alhamdulillah ala kulli haal, 1500 pek makanan berjaya diagihkan kepada pelarian di selatan Gaza iaitu di kem pelarian sementara di Sekolah Tareq ben Ziad dan Sekolah Al Israa, Khan Yunis, Gaza. Walaupun masak dengan kayu api dan mengambil masa yang lebih lama, alhamdulillah makanan dapat diterima dengan senang. Kami tak boleh bergerak sendiri tanpa sumbangan daripada semua. Asar Humanity memegang amanah untuk terus menyalurkan kebaikan hati kepada yang memerlukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2023
ROSLAN BIN OTHMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2023
IMRAN MUSTAPHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 20, 2023