Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM375 / 12.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tahun baru Hijrah telah tiba, membawa harapan baru kepada anak-anak Gaza yang tidak berdosa. Penjajahan dan kekangan Israel telah menyebabkan kanak-kanak Palestin menjadi kurus kering dan mati kelaparan. Dengan Israel menahan beribu-ribu bekalan makanan dan enggan menyediakan laluan selamat untuk PBB mengagihkannya kepada penduduk yang kelaparan, keadaan menjadi semakin tidak menentu.
Di tengah kemelut ini, Asar Humanity kembali dengan harapan dan seruan untuk membantu anak-anak Gaza. Kami percaya setiap sumbangan, tidak kira jumlahnya, dapat mengisi perut yang lapar dan memberi harapan kepada anak-anak Gaza untuk mendapatkan nutrisi yang mereka perlukan. Walaupun halangan Zionis menghalang akses kepada bantuan, kekuatan perpaduan dan keprihatinan kita akan menggalakkan saudara kita yang sedang berjuang.
Kami menjemput anda untuk bersama-sama mengedarkan bantuan dalam bentuk:
1. Pakaian: Sediakan pakaian yang sesuai dan selesa supaya kanak-kanak dapat melindungi diri mereka daripada cuaca yang melampau.
2. Makanan: Sediakan makanan berkhasiat untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan kuat, mengelakkan mereka daripada kekurangan zat makanan kronik.
3. Mainan: Hiburkan dan berikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang telah lama hilang senyuman akibat peperangan.
4. Aktiviti Penyembuhan Trauma: Bantu mereka mengatasi trauma yang mereka alami melalui aktiviti berguna dan pendidikan.
Dengan setiap ringgit yang anda dermakan, anda memberi harapan kepada generasi rakyat Gaza. Bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al-Aqsa.
Jadilah cahaya harapan untuk anak-anak Gaza. Derma anda adalah simbol solidariti dan keprihatinan kami terhadap penderitaan mereka. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keamanan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta bantuan dan sokongan dari para dermawan, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan pakej makanan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di Gaza, Palestin.
Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha kemanusiaan yang telah kita lakukan untuk meringankan beban yang mereka hadapi akibat konflik dan kekurangan sumber makanan.
Penyaluran bantuan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama rakan-rakan lapangan yang berada di Gaza. Pakej yang telah disalurkan terdiri daripada makanan asas. Bantuan ini diharapkan dapat mencukupi keperluan harian mereka selama beberapa hari ke depan.
Sebelum ini, derma anda telah digabungkan dengan derma daripada penderma lain untuk memberi manfaat yang lebih luas. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga atas kebaikan yang telah anda lakukan. Jazakumullah khairan ahsanal jaza.
Adakah anda akan terus menyediakan makanan yang layak untuk saudara-saudara kita di Palestin?
Derma sekarang melalui pautan ini:
https://sumbangan.com/rotipalestina
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 09, 2024