ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 15, 2024

INFAQ BULAN MUHARAM UNTUK BEKALAN ROTI SAUDARA DI GAZA

RM420 / 14.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Perlakuan zalim Zionis terhadap warga di Gaza menyekat persediaan makanan. Jom jangan berhenti di sini, sediakan roti dan minuman hangat di Gaza!


Asar Humanity sekali lagi melancarkan kempen bantuan roti untuk penduduk Gaza yang mengalami serangan berterusan dari Israel. Baru-baru ini, pesawat Israel telah mengebom kem orang yang dipindahkan, termasuk pantri makanan yang menjadi sumber utama kelangsungan hidup mereka. Lima peluru berpandu dilepaskan, menyebabkan kemusnahan meluas dan menimbus banyak mayat syahid di bawah runtuhan.



Dalam serangan tidak berperikemanusiaan ini, Tentera Pertahanan Awam yang cuba menyelamatkan mangsa turut menjadi sasaran tembakan, dengan rakaman video menunjukkan pengeboman kenderaan mereka. Mangsa utama adalah orang yang kehilangan tempat tinggal, termasuk wanita dan kanak-kanak, yang telah melarikan diri ke kawasan yang sebelum ini didakwa "selamat" oleh Israel. Sumber perubatan melaporkan bahawa bilangan syahid dan cedera melebihi 100, dan usaha mencari diteruskan walaupun sektor kesihatan telah musnah akibat serangan ini.



Melihat keadaan yang amat menyedihkan ini, Asar Humanity mengambil inisiatif melancarkan kempen menyediakan roti sebagai makanan ruji kepada penduduk Gaza. Matlamat utama kempen tersebut adalah untuk menyediakan bantuan makanan yang mencukupi dan memastikan penduduk Gaza terutamanya kanak-kanak dan wanita mendapat makanan yang mencukupi. Setiap sumbangan yang anda berikan akan memastikan roti yang sihat sampai kepada mereka yang memerlukan, mengurangkan penderitaan mereka dan memberikan sedikit harapan di tengah-tengah krisis ini.



Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu menyediakan roti yang berharga kepada mereka yang kelaparan. Baru-baru ini, pasukan Asar Humanity di lapangan telah menyampaikan sumbangan terpercaya anda dalam bentuk agihan roti di kem Mawasi, Khan Younis, Gaza Selatan. Anda mungkin biasa dengan nama Kem Mawasi yang baru-baru ini diserang oleh tentera Zionis Israel, mengakibatkan lebih dari 100 orang maut dan lebih 300 orang lain yang melarikan diri cedera. Ramai daripada mangsa serangan ini adalah wanita dan kanak-kanak kecil.




Jangan berhenti di sini! Walaupun kita tidak boleh menghentikan serangan Zionis secara langsung, kita mesti terus mempertahankan saudara kita di Palestin dengan apa sahaja yang kita mampu, terutamanya keperluan asas mereka. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dalam merealisasikan keadilan dan keselamatan untuk saudara-saudara kita di Gaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat