Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM120 / 4.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
5 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Muharram tinggal kurang dua minggu lagi, dan inilah peluang untuk kita memanfaatkan kelebihan bulan mulia ini dengan beramal. Jom kongsikan makanan berkhasiat dengan saudara-saudara kita di Yaman yang sedang menghadapi krisis kelaparan yang teruk.
Saudara kita di Yaman sedang menghadapi situasi yang sangat mencabar. Analisis IPC (Pengkelasan Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu) terkini menunjukkan bahawa bilangan individu yang mengalami kelaparan di Yaman akan terus meningkat sepanjang 2022 dan 2023.
Dianggarkan sekitar 4.56 juta orang, atau 45% daripada populasi di kawasan yang dikawal kerajaan, akan mengalami Fasa Kelaparan Krisis ( IPC Fasa 3) antara Oktober 2023 dan Februari 2024. Selain itu, hampir 456,000 kanak-kanak bawah lima tahun dijangka mengalami kekurangan zat makanan pada tahun 2023. Keadaan ini sangat serius dan memerlukan bantuan segera daripada kita semua.
Kita boleh memainkan peranan kita dengan menyediakan pakej makanan yang berkhasiat untuk mereka. Pakej ini termasuk nasi berempah, yang merupakan sumber karbohidrat penting untuk tenaga; protein daging, yang membantu dalam pembinaan dan pemulihan tisu badan; jus, yang membekalkan vitamin dan mineral yang sering kekurangan dalam diet mereka; buah-buahan, yang menyediakan serat dan nutrien tambahan; serta air minuman, yang sangat kritikal di tengah-tengah krisis ini.
Sumbangan kami sebelum ini telah memberi harapan kepada banyak keluarga di kawasan seperti Taizz. Mereka sangat mengharapkan bantuan kami. Ayuh teruskan usaha murni ini dengan memperbanyakkan memberi lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang sangat memerlukan makanan berkhasiat. Insya-Allah, pahala setiap sumbangan akan dilipat gandakan oleh Allah SWT. Semoga Allah merahmati setiap kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmatNya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 26, 2024