ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 22, 2024

INFAQ MAKANAN BERZAT DAN SUSU UNTUK ANAK DI GAZA

RM495 / 16.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kanak-kanak di Gaza masih memerlukan huluran tangan kita. Ayuh maksimalkan bulan haram Zulkaedah dengan menghantarkan makanan dan susu berzat!


Heba Ziyada, bayi perempuan Palestin yang tidak bersalah, baru-baru ini meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di Gaza Utara. Puncanya adalah dehidrasi dan kekurangan nutrien, akibat kekurangan akses kepada bekalan makanan dan bantuan kemanusiaan akibat partition. Usaha gigih keluarganya menyediakan susu untuk Heba tidak dapat menyelamatkan nyawanya kerana bantuan tiba terlalu lewat. Kisah tragis ini adalah satu daripada beribu-ribu yang mendedahkan penderitaan kanak-kanak Gaza.



Dalam keadaan huru-hara, seorang gadis kecil melarikan diri bersama ibunya dari hospital Kamal Adwan di utara Gaza, sambil memegang tin susu. Hospital itu menjadi sasaran tembakan meriam Israel, menyebabkan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka.



Di sebuah sekolah pemindahan di Khan Yunis, seorang wanita dilihat menyuap bayinya sup lentil kerana kekurangan susu. Wanita ini menceritakan perjalanan pahitnya dari Rafah, berjalan kaki, membawa anak-anaknya dan hanya satu beg ubat-ubatan.


Lentil, satu bentuk bantuan yang disediakan oleh rakan mangsa yang melarikan diri, adalah satu-satunya makanan yang ada untuk diberikan kepada anaknya yang berusia 9 bulan. Kisah ini menggambarkan penderitaan ramai ibu di Gaza yang berjuang untuk memastikan anak-anak mereka mendapat makanan walaupun dalam keadaan yang sangat sukar.



Asar Humanity kembali dengan harapan dan seruan untuk membantu anak-anak Gaza. Kami percaya setiap sumbangan tidak kira berapapun dapat mengisi perut yang lapar dan memberi harapan kepada anak-anak Gaza untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan. Walaupun halangan Zionis menghalang akses kepada bantuan, kekuatan perpaduan dan keprihatinan kita tidak dapat dinafikan.



Dengan setiap ringgit yang anda sumbangkan, kami membina jambatan persaudaraan dan harapan untuk generasi rakyat Gaza. Bulan haram Zulkaedah ini adalah saat yang tepat untuk kita memperbanyakkan kebaikan dan amal soleh. Bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut pembebasan Al Aqsa.



Sumbangan anda mampu mengubah masa depan anak-anak Gaza. Dengan memberi mereka susu formula yang mereka perlukan, anda bukan sahaja membantu mereka bertahan, tetapi juga memberi mereka harapan untuk masa depan yang lebih baik. Semoga Allah SWT senantiasa memberkahi usaha kita dalam mewujudkan keadilan dan perdamaian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat