ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 03, 2024

INFAQ PAKEJ MAKANAN BERKHASIAT UNTUK WARGA EMAS DI PEDALAMAN

RM420 / 14.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Meraih tangan-tangan tua yang masih bekerja. Jom bantu warga emas yang kesulitan menyara kebutuhan makanan asas. Hantarkan pakej makanan agar mereka tak lelah bekerja di masa tua!


Dalam kehidupan setakat ini yang serba susah, ada kisah yang menggetarkan hati, seperti kisah Nek Jaria dan Nek Enah, nama-nama warga emas ini yang pernah anda dengar. Walaupun usia telah mengisi kisah hidup mereka dengan kepahitan, namun semangat untuk terus hidup masih membara di hati mereka.




Nenek Jaria, warga emas yang masih gigih bekerja memecahkan kacang pokok kemiri. Nenek Enah pula yang setiap hari mengutip sampah untuk mencari rezeki. Mereka adalah lambang ketabahan dalam menghadapi keperitan hidup di pedalaman.



Walau bagaimanapun, kisah ini juga memberikan kita realiti yang tidak dapat dielakkan kerana ramai warga emas lain hidup dalam keadaan yang serupa, malah lebih sukar. Inilah masanya untuk kita mendekati mereka yang memerlukan.



Melihat realiti pahit ini, kita sedar bahawa bukan mereka sahaja yang hidup dalam kesusahan. Inilah masanya untuk kita menghulurkan tangan kebaikan kepada mereka. Setiap sumbangan, bermula dari RM10, akan menjadi cara untuk Nenek Jariah dan ramai lagi warga emas untuk mendapatkan bantuan makanan yang selayaknya seperti beras, minyak masak, telur, ikan/daging dalam tin, gula, teh dan barang runcit lainnya.




Selain itu, sumbangan ini dapat membantu kos kepada pemeriksaan kesihatan yang diperlukan di klinik kesihatan tempatan. Bersama-sama, mari kita hormati hari tua, dan bantu meringankan kesulitan harian mereka. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.



"Wahai orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum datang hari (kiamat) yang tiada jual-beli padanya dan tiada sahabat (yang memberi manfaat), serta tiada pula pertolongan syafaat. Dan orang kafir itu adalah orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah: Ayat 254)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HABIBAH MOHAMMAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 17, 2024

AITCH.AYU

Menyumbang sebanyak RM30.00

May 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

May 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat