MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 01, 2024

MENGEJAR GANJARAN PAHALA DALAM INFAQ PERUBATAN KEPADA ANAK TAHFIZ

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

11 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH HADIRKAN DANA PERUBATAN DAN KOS RAWATAN PELAJAR TAHFIZ YATIM DAN MISKIN DI MAAHAD KAMI KERANA ALLAH SWT.


Islam sangat menggalakkan ikhtiar kita dalam mencari penawar untuk penyakit-penyakit yang menimpa kita. Kita hanya berusaha untuk berubat dan Allah SWT yang menyembuhkan penyakit.


“Sesungguhnya Allah ketika menciptakan penyakit diciptakan bersekali ubat maka berubatlah.”

(Riwayat Ahmad)



Sebagaimana yang diinspirasikan oleh ajaran Islam tentang kepentingan perubatan dan kepedulian terhadap sesama manusia, pihak kami berusaha untuk menyediakan akses rawatan perubatan yang berkualiti bagi setiap pelajar kami. Terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan.



Ramai antara pelajar kami berasal daripada keluarga yang memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk menampung kos perubatan mereka. Walau bagaimanapun, dengan dana yang terhad dan keperluan yang semakin meningkat, pihak kami agak terhad untuk membantu mereka sepenuhnya.


Oleh itu, pihak maahad dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada para dermawan yang budiman untuk membantu menyumbang dana perubatan dan rawatan bagi para pelajar tahfiz kami yang kurang berkemampuan. Setiap sumbangan yang diberikan akan memberi harapan baru kepada mereka yang sedang berjuang, memastikan mereka dapat menerima rawatan yang mereka perlukan tanpa mengalami beban kewangan yang terlalu besar.



"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

(Surah Al-Maidah :2)



Akhir kata, ayuhlah kita menambah saham akhirat kita dengan berinfaq bermula RM10 bagi keperluan ubat-ubatan dan rawatan anak-anak yatim dan asnaf ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera seperti anak-anak yang lain di luar sana.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2024