ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 20, 2023

TABUNG INFAQ JUMAAT TERAWAL MUHARRAM UNTUK MAAHAD TAHFIZ YATIM DHUAFA

RM585 / 19.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan terlepas dari keutamaan Jumaat terawal bulan Muharram, mari raih lipatan pahala kebaikan dengan berinfaq untuk maahad tahfiz yatim dhuafa!


Salam Mal Hijrah 1445 Hijriah. Alhamdulillah kita memasuki hari Jumaat terawal pada bulan Muharram. Rasa syukur kita panjatkan atas berkat Allah SWT sampaikan umur kita sampai pada hari ini, kurnia satu hari istimewa dalam satu minggu sekali. Semoga kita memulakan awal tahun hijrah ini dengan amalan perbuatan yang menjauhkan kita dari dosa maksiat selamat satu tahun ke depan.



Kami kembali memaklumkan kepada anda mengenai bulan haram, yang mana bulan Muharram ini termasuk dalam bulan Haram yang mana Allah perintahkan kita untuk memuliakannya dengan memperbanyak perbuatan baik dan menjauhi maksiat.


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)



Asar Humanity menjemput Tuan dan Puan untuk memaksimalkan amalan shalih di akhir bulan Zulhijjah dengan melakukan amalan kebaikan yaitu berinfaq pada hari penuh berkah ini. InshaAllah infaq yang anda berikan akan kami agihkan untuk meringankan kebutuhan makanan dan kos harian pelajar maahad tahfiz yatim dan dhuafa di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat.



Maahad Tahfidz Nurul Qur'an Ahmad Madun dibina oleh keluarga Bapak H. Ahmad Madun adalah seorang tokoh agama, jamaah dakwah sekaligus imam Masjid Baiturrahman, beliau pula yang mewakafkan tanah tempat berdirinya Yayasan Nurul Qur’an saat ini. Awal mula pembinaan ini karena kerisauan yang timbul dengan perkembangan zaman dimana anak-anak sibuk ke dalam dunia bermain, namun Ustaz ingin merangkul anak-anak ini agar tidak lupa belajar dan juga tidak mengurangi dasar agama. Sehingga di tahun 2016 mulailah terbentuk Lembaga Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) dan Lembaga Taman Pendidikan Al-Qur’an (TPQ).




Alhamdulillah banyak orang tua yang menyekolahkan anak-anak mereka di sini. Penuh dan ramai apalah daya kondisi tempat sangat sederhana. Semakin hari, anak-anak semakin bertambah, ruang kelas yang layak sangat mereka harapkan. Bahkan tempat mereka belajar dahulu separuhnya telah menjadi keping sejarah diterpa gempa tahun 2018 lalu.



Mari bersama-sama kita bantu kos harian dan makanan bagi pelajar yang bersekolah di maahad ini. Dengan mulai RM10 infaq anda akan sangat bernilai bagi pelajar maahad ini. Pelan-pelan ke depannya kita juga akan bantu untuk bina baik pulih ruangan yang rosak dan kurang patut. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 21, 2023

MOHAMAD AZLI RAZALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat