MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 27, 2024

INFAQ IKAN SEGAR BUAT PENCINTA AL QURAN MENUNTUT ILMU

RM40 / 1.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

7 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA MENCARI PAHALA YANG MENGALIR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT DENGAN BERINFAQ PEMBELIAN IKAN SEGAR BUAT PENCINTA AL-QURAN DALAM BERJUANG DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian dalam bulan yang mulia ini untuk sama-sama jayakan kempen infaq pembelian ikan segar kepada para pelajar tahfiz di sini. Seramai 70 orang pelajar dan petugas yang sebahagian daripada mereka adalah daripada keluarga asnaf dan yatim yang kurang berkemampuan. Kempen ini juga bertujuan untuk membantu pihak maahad dengan menyediakan bekalan ikan segar yang mencukupi untuk anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat belajar dengan baik dan sempurna semasa pengajian mereka.



Dengan sumbangan infaq ini, bukan sekadar menyediakan bekalan makanan kepada pelajar bahkan akan menjadi suatu manfaat dan kebaikan buat para penyumbang sendiri di dunia dan di akhirat. Nabi ﷺ bersabda:


“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”

(Hadis Riwayat Thabrani, 10198)


Amalan sedekah atau berinfaq mampu menjadi penawar terhadap penyakit yang kita alami. Selain itu, kita berikhtiar dengan mendapatkan rawatan dengan doktor dan pakar, kita juga boleh usahakan dengan amalan infaq yang mana sudah ada jaminan daripada baginda Nabi ﷺ. Oleh itu, kita hendaklah yakin apa yang disabdakan itu ia merupakan wahyu daripada Allah SWT.



Oleh itu, marilah kita berazam tekad mengamalkan amalan yang mulia ini dalam kehidupan seharian dengan mengharap dan mengejar keredaan Allah SWT. Sehubungan itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq ikan segar bermula serendah RM10 bagi memudahkan para penyumbang yang mulia dalam berinfaq kepada maahad tahfiz kami di sini. Akhir kata, semoga infaq kalian akan menjadi kebaikan di dunia dan akhirat dan Allah SWT memurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam ketaatan dalam perintahnya. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 29, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2024