Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM400 / 13.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Disember merupakan Hari Ibu di Indonesia. Marilah kita bersatu menceriakan kehidupan ibu luar biasa, Mak Ratim. Berusia 68 tahun, Mak Ratim tinggal di pondok buluh bersama anaknya, Nuruddin yang lumpuh akibat kemalangan tragis. Namun, semangatnya tidak pernah pudar, walaupun Mak Ratim sendiri menghidap radang paru-paru yang membuatkan setiap nafas menjadi sukar.
Mak Ratim adalah contoh sebenar kuasa ibu yang tidak dapat dikalahkan. Setiap hari, walaupun dia berdepan dengan keterbatasan fizikal dan kesihatan yang semakin merosot, dia bekerja sebagai pekerja kain tenun dan menjaga itik untuk memastikan anak-anaknya mendapat kehidupan yang baik. Nuruddin, anak tunggalnya, mengalami penderitaan luar biasa akibat kemalangan tiga tahun lalu. Lumpuh di bahagian badannya, pin besi dipasang di tulang belakangnya, dan punggung serta pahanya reput akibat terbaring lama.
Mak Ratim telah memberikan segalanya kepada Nuruddin. Kini, giliran kita untuk membalas dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Mulai dari RM10, mari bantu bahagiakan Mak Ratim. Sumbangan anda bukan sahaja membantu mengatasi kos rawatan penyakit paru-paru Mak Ratim malah menjadi sinar harapan dalam kehidupan seorang ibu yang benar-benar menyayangi anaknya. Marilah kita sama-sama jadikan kisah Mak Ratim sebagai inspirasi untuk kebaikan kita semua.
Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan karunia-Nya kepada anda sekeluarga. Terima kasih atas kebaikan dan sokongan anda. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
KHAZRIN BIN KAMARULZAMAN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 11, 2023
NOORATIKA BINTI ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2023
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 10, 2023