Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,010 / 100.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
75 Penyumbang
Kempen Berjaya
Tidak lelah kami lancarkan terus kempen untuk pembinaan satu-satunya masjid di Kampung Uba, Dusun Patedong, Desa Pulau Moyo. Warga kampung hampir saja kehilangan Masjid Al-Iman yang sudah 30 tahun menjadi tempat mereka beribadah kerana ahli waris tanah ini meminta dikembalikan. Allah dengar doa mereka sehingga ada seorang warga sukarela mewakafkan tanahnya untuk menggantikan masjid yang baru.
Alhamdulillah harapan mereka untuk memiliki rumah ibadah perlahan mereka wujudkan dengan ikhtiar bersama-sama dengan semampunya warga.
Hampir semua penduduk Pulau Moyo termasuk golongan kurang mampu, nafkah harian mereka cari dari pekerjaan menjadi petani di ladang jagung, di kebun kelapa dan jambu. Itupun banyaknya dari mereka bukan pemilik ladang tetapi hanya sebagai pekerja buruh tani, ada juga yang bekerja sebagai pemetik kelapa serta pengrajin atap dari daun kelapa.
Kita boleh bayangkan memang mengapa masjid ini belum wujud. Wang kutipan dari warga baru saja menyelesaikan asas dan sebahagian dinding masjid. Mereka sangat teringin menyelesaikan pembinaan masjid, sehingga setiap hari mereka bergotong royong mengambil pasir di tepi pantai untuk mengumpulkan bahan masjid, ada juga yang membersihkan area masjid. Mereka pun sering kali sholat berjamaah di tengah asas dan dinding. Di bangunan yang belum selesai ini mereka sering kali sholat berjamaah. Terasa betul keinginan mereka untuk segera memiliki masjid yang patut.
Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama membantu pembinaan masjid baru di Pulau Moyo ini. Salah satunya dengan berinfaq untuk membeli bahan pembinaan atap masjid yang patut. Jika masjid ini terwujud, warga pulau Moyo akan sangat senang memiliki tempat beribadah yang baru tanpa harus risau diusir lagi. Insya-Allah amal kebaikan ini akan menjadi pahala jariyah yang mengalir kepada anda walaupun kita sudah wafat.
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.”
(HR. Muslim, no. 1631)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah kutipan infaq atap di Pulau Moyo Fasa 1 ini telah berjaya. Kami mengucapkan banyak terima kasih kepada Tuan dan Puan yang sudah berpartisipasi untuk belanja kebutuhan bahan pembinaan Masjid Al Iman di Pulau Moyo. Barakallahu fiikum, semoga Allah SWT ganjarkan rezeki berlipat ganda dan harta yang anda infaqkan menjadi tabungan pahala jariyah. Aamiin yaAllah ya Mujibassailiin.
Tuan dan Puan, tanpa mengurangi rasa hormat, dana pembinaan ini belum cukup, seluruh dana kutipan baru mencapai RM8000, maka dari itu kami masih membuka dan melancarkan kempen dengan harapan pembinaan masjid segera wujud.
Inilah kondisi sekitar masjid warga yang majoriti adalah bekerja menjadi tulang belakang sebagai buruh pekebun atau sebagai pengrajin atap daun kelapa. Bekerja sebagai pembuat atap daun kelapa harganya Rp5000 atau RM3.50 per atapnya.
Mohon doa dari Tuan dan Puan semoga Allah SWT memberikan kemudahan dan kelancaran dalam mewujudkan masjid satu-satunya di Pulau Moyo. Jazakumullah khairan jaza'.
Hari Raya Aidiladha telah tiba, memberikan tanda bahwa 10 hari terawal Zulhijjah sudah berakhir. Tetapi kita tetap harus melakukan amalan shalih di bulan ini, karena bulan Zulhijjah ini adalah salah satu bulan haram, yang mana Allah SWT perintahkan untuk memuliakannya dengan amalan kebaikan.
Amalan yang dapat kita lakukan selepas Hari Raya Adha antara lain:
- Menyembelih hewan Kurban sampai dengan hari Tasyrik (10 – 13 Zulhijjah)
- Tidak berpuasa pada hari Tasyrik
- Membaca takbir setelah sholat wajib di hari-hari Tasyrik, sebagaimana takbir pada Aidiladha
- Zikir kepada Allah dengan istigfar, tasbih, bertahmid, tahlil
- Perbanyak doa untuk kebaikan dunia dan akhirat
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 30, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 30, 2023
ARIF JEMALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 30, 2023