Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM553 / 18.43 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Menjemput bulan Muharram yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini merupakan masa yang sesuai untuk berkongsi kebahagiaan bersama anak-anak yang disayangi oleh Nabi Muhammad SAW. Menyambut tahun baru Hijrah, marilah kita mencontohi ajaran Rasulullah SAW dengan menyayangi anak yatim dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka.
“Barangsiapa berpuasa para hari Asyura (tanggal 10) Muharram, niscaya Allah akan memberikan seribu pahala malaikat dan pahala 10.000 pahala syuhada’. Dan barangsiapa mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, niscaya Allah mengangkat derajatnya pada setiap rambut yang diusapnya.“
(Kitab Tanbihul Ghafilin bi-Ahaditsi Sayyidil Anbiyaa-i wal Mursalin)
MashaAllah, mulianya menyayangi anak yatim. Pada hari Asyura ini, Nabi berpesan agar kita berpuasa dan lebih menyayangi anak yatim. Jadilah kita dari golongan yang dibesarkan Allah dengan menyayangi anak-anak yatim.
Kami menjemput anda untuk menyayangi kanak-kanak istimewa di Rumah Azaki. Rumah Azaki terus berusaha memberikan yang terbaik untuk 25 anak istimewa yang memerlukan kasih sayang, belaian dan bantuan. Kanak-kanak seperti Junior, walaupun mempunyai keterbatasan fizikal, mempunyai semangat yang luar biasa dalam menghadapi cabaran.
Gibran dengan hati yang lembut terus mendoakan keluarganya walaupun dalam kesusahan. Ada juga Diki yang walaupun sering diabaikan oleh masyarakat tetapi mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni lukis. Begitu juga dengan Defi yang menunjukkan ketabahan dan kebijaksanaan sebagai imam solat di tengah cabaran hidup.
Namun, kami sedar bahawa kami tidak boleh melakukannya seorang diri. Kami memerlukan sokongan dan sumbangan daripada orang yang baik hati seperti anda. Setiap sumbangan, bermula dari RM10, amat bermakna kepada kami dan akan digunakan untuk menampung keperluan harian anak-anak kami, termasuk makanan, rawatan perubatan dan pendidikan.
Di bulan Muharram yang sering disebut sebagai hari raya anak-anak yatim, mari kita cipta kebahagian untuk anak-anak istimewa yang disayangi Rasulullah. Dengan menyayangi anak-anak yatim dan OKU di Rumah Azaki ini, kita bukan sahaja memberikan kebahagiaan kepada mereka, malah meningkatkan lagi amal soleh kita dengan Allah SWT. Semoga Allah melimpahkan perlindungan dan rahmatNya kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah ala kulli haal, Pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar bantuan berupa pakej makanan dan barangan runcit kepada Rumah Azaki yang terletak di Kecamatan Gunung Putri, Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat. Bantuan ini terdiri daripada:
- 6 guni beras (@10kg)
- 4 kg daging lembu
- 4 kg ayam potong
- 10 kg telur
- 1 paket buah-buahan
- 1 paket sayuran
- 2 botol madu
Ketibaan pasukan Asar Humanity disambut dengan penuh semangat oleh kanak-kanak OKU di Rumah Azaki. Mereka dengan gembira membantu membawa barangan bantuan tersebut.
Bantuan makanan berkhasiat ini sangat penting bagi kanak-kanak ini, memandangkan mereka masih dalam proses pertumbuhan yang memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Dengan adanya bantuan ini, keperluan makanan berkhasiat bagi kanak-kanak dapat dipenuhi, sekaligus memberikan ketenangan kepada pengurus Rumah Azaki dalam menyediakan makanan untuk kanak-kanak untuk beberapa waktu akan datang.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan sukarelawan yang telah terlibat dalam membantu mereka yang memerlukan. Bantuan dan perhatian anda amat bermakna bagi kanak-kanak di Rumah OKU Azaki.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan dan Puan!
Alhamdulillah ala kulli hal. Bertepatan dengan 10 Muharram 1446 Hijriah atau yang dinamakan hari Asyura, Pasukan Kemanusiaan KSATRIA ASAR telah mengagihkan makanan siap masak kepada anak-anak yatim dan OKU di Rumah Azaki, Gunung Putri, Jawa Barat. Pakej berupa makanan sihat: daging, tauhu, tempe dan juga sayur-sayuran, lengkap dengan buah oren, dimakan dengan penuh selera oleh kanak-kanak kurang upaya. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan!
Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan kepada anak-anak Rumah Azaki. Tidak setiap hari anak-anak Rumah Azaki boleh makan makanan lengkap berkhasiat kerana dana yang terhad. Bantuan ini membolehkan kanak-kanak merasai makanan yang lazat dan berkhasiat.
Ini bukan kali pertama kita menyampaikan bantuan ini, sebelum ini pasukan Asar Humanity menyampaikan bungkusan makanan asas untuk kanak-kanak di Rumah Azaki.
Kami mengucapkan terima kasih kepada para penderma. Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2024
AHMAD SUKRI
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 07, 2024
LATIFAH RAFII
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM18.00
Jul 06, 2024