Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM210 / 7.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
15 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bersama-sama kita bantu menyara kebutuhan makanan pelajar di pedalaman yang tersembunyi. Maahad Al Azizi, tempat cahaya ilmu terus menyinari walaupun terhad. Di sini, di tengah-tengah rumah sederhana, berpuluh-puluh pelajar berjuang untuk impian mereka untuk mendapatkan pendidikan yang baik.
Namun, perjuangan mereka bukan mudah. Maahad Al Azizi terus menghadapi cabaran besar dalam memenuhi keperluan asas harian, yang menjejaskan kesejahteraan dan fokus pembelajaran pelajar. Mereka memerlukan bantuan kita untuk kebutuhan nutrisi harian terus terpenuhi.
Berikut ini adalah bantuan bulanan yang amat diperlukan:
1. Beras 2 tan 6 kuintal
2. Minyak Masak 30 liter
3. Daging 10 kg
4. Sayur-sayuran, telur dan bahan makanan berkhasiat lain
Sekadar makan nasi membuatkan pelajar sangat bersyukur. Mari kita bantu mereka untuk fokus pada pembelajaran, tanpa perlu risau tentang kekurangan nutrisi yang sangat dibutuhkan untuk anak-anak yang sedang menimba ilmu. Mulai RM10, semua dana akan dikutip untuk menyara makanan asas iaitu beras. InshaAllah jika cukup akan terus kita belikan makanan berkhasiat lainnya.
Berganding bahu kita dapat memberikan sinar dan harapan untuk masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Maahad Al Azizi. Semoga Allah SWT memberkahi setiap langkah baik kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa keperluan asas berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan runcit kepada pelajar di Pinjaman YAFAMA. Pondok pesantren Maka Janapria. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Semoga gerakan ini menjadi wasilah Allah Ridho kepada kita, dan menjadi ladang amal, pahala jariah ini terus mengalir kepada para penyumbang yang senantiasa selalu menyisihkan sebagian hartanya untuk membantu pelajar tahfiz Al Quran di luar bandar.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
NIK ZULAIKHA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 20, 2024
ROSZALIZA YUSOF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2024