MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 30, 2024

INFAQ PEMBELIAN VAN BARU

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

14 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpul dana bagi membolehkan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membeli sebuah van baru bagi kegunaan pelajar tahfiz seperti solat Jumaat dan majlis keagamaan.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah merupakan institusi pengajian tahfiz yang sudah 15 tahun beroperasi. Pelajar di maahad ini terdiri daripada 53 orang pelajar yang majoritinya daripada kalangan anak-anak yatim dan asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan. Pihak maahad berusaha menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terbaik agar anak-anak tahfiz ini dapat belajar dalam kondisi yang baik dan selesa serta dapat belajar berkhidmat dan berbakti dalam masyarakat.



Pihak maahad biasanya menggunakan van untuk membawa para pelajar ke masjid untuk solat Jumaat, jemputan solat jenazah, majlis kenduri, jemputan majlis kesyukuran, lawatan ilmiah dan lain-lain. Van yang digunakan oleh pihak maahad sekarang ialah 3 buah van. Van ini semuanya sudah lama dan uzur serta sering berlaku kerosakan. Oleh hal yang demikian, pihak maahad kadang kala terpaksa memperuntukkan kos yang tinggi dalam membaik pulih kerosakan van-van tersebut.



Allah SWT berfirman di dalam surah Saba, ayat 39 yang bermaksud: “Apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya.”




Sehubungan itu, pihak kami berhasrat untuk membuka kempen infaq pembelian van baru demi kemudahan dan keselesaan buat anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini. Sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja membantu meringankan beban pihak maahad dalam menghadirkan sebuah van yang baru bahkan menjadi saham akhirat yang mana akan memperolehi pahala yang mengalir selagi mana van tersebut dimanfaatkan lebih-lebih lagi untuk anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf ini. Anggaran dana yang diperlukan untuk membeli sebuah van bernilai RM117,000.



Marilah kita sama-sama memberi sinar harapan kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini dengan berinfaq bermula RM10 dalam menjayakan kempen ini agar anak-anak ini dapat menjalani ibadah dengan selesa dan selamat. Semoga infaq ini akan menjadi saham akhirat buat para penyumbang sekalian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR AFIQAH BINTI ADAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 01, 2024