MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 27, 2024

BEKALAN AIR BERSIH UNTUK BERIBADAH DAN BERMUNAJAT

RM70 / 2.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

7 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH MEREBUT PELUANG DI BULAN YANG MULIA BULAN KELAHIRAN INSAN TERULUNG NABI ﷺ DALAM PELABURAN SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYEDIAKAN BEKALAN AIR BERSIH BUAT PENDAMPING AL-QURAN.


Air merupakan nikmat yang besar yang Allah SWT berikan kepada manusia. Nikmat air ini kita kongsi bersama haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Allah SWT menjadikan ¾ kawasan di muka bumi ini adalah air. Ahli sains mengatakan bahawa sebanyak 70% air terkandung di dalam tubuh badan manusia. Jadi, air adalah sumber atau nadi yang utama bagi kehidupan ini. Tanpa air yang mencukupi kehidupan manusia dan alam juga akan terjejas dan akan menghadapi kemusnahan.



Air merupakan keperluan asas kepada para pelajar di maahad kami ini. Selain dijadikan sebagai penyucian dalam ibadah seperti berwuduk, istinjak, dan mandi wajib. Air juga diperlukan dalam aktiviti harian mereka seperti minuman, membasuh pakaian, memasak makanan, pembersihan badan dan projek kerja pembangunan di maahad ini.



Namun begitu, maahad kami sering berlaku gangguan bekalan air bersih kerana keadaan cuaca yang panas dan tekanan air yang rendah disebabkan pertambahan penggunaan air bagi penduduk di sekitar maahad. Air yang perlahan menyukarkan urusan dan aktiviti warga di maahad ini. Pihak maahad telah membuat inisiatif dengan menyediakan tangki simpanan air bersih bagi mengatasi masalah tersebut.



Walau bagaimanapun, semasa menyediakan bekalan simpanan air ini, pihak maahad terpaksa berdepan dengan kenaikan bil air dan kenaikan bil elektrik. Ada kalanya pam air rosak menyebabkan air tidak mampu dialirkan ke tempat-tempat yang berkenaan.



Sehubungan itu, kami pihak maahad amat mengalu-alukan sumbangan kalian sama ada kecil ataupun besar dalam memberi keselesaan bagi anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini dalam menimba ilmu agama. Sumbangan tersebut bukan sekadar membantu dalam memberi kemudahan kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini, bahkan  akan menghadirkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.



Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah air".

(HR. Ahmad dan Abu Dawud)


Akhir kata, ayuh kita hadirkan infaq demi kelangsungan pendidikan tahfiz Al-Quran ini buat anak-anak yatim dan asnaf dengan berinfaq bermula RM10. Insya-Allah, setiap titisan air yang digunakan oleh mereka dalam perjuangan menghafal Al-Quran ini akan menjadi saham akhirat kepada tuan/puan kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MOHD ERWAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2024

MOHAMAD IZWAN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 28, 2024