Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM590 / 19.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bencana telah menggegarkan Afrika Utara. Gempa bumi dengan magnitud 6.8 telah menjejaskan keluarga di Marrakesh, Maghribi.
Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Terdapat lebih 2,000 kematian dan ribuan lainnya dilaporkan cedera. Angka-angka ini meningkat dengan laju. Marrakesh ialah tapak UNESCO bersejarah dengan infrastruktur lapuk. Akibatnya, beberapa struktur runtuh menjadi habuk dan serpihan ketika gempa bumi melanda, memerangkap banyak keluarga di dalamnya. Lebih banyak gempa bumi dilaporkan dan masih terdapat banyak keluarga yang mencari segera untuk orang tersayang di kawasan berisiko tinggi ini.
Pasukan kecemasan berada di tempat kejadian mengeluarkan mayat dari kawasan terjejas dan membawa mereka ke hospital berdekatan. Dilaporkan mangsa terjejas berada di kawasan pergunungan dengan akses yang menyulitkan. Sehingga kini, pihak autoriti tidak berhenti melakukan usaha untuk penyelamatan walaupun butuh waktu. Ramai keluarga kehilangan segala-galanya. Mereka yang terselamat hanya tidur di jalanan dengan sehelai sepinggang sahaja.
Asar Humanity bersama dengan kongsi pertubuhan kemanusiaan setempat telah berkoordinasi untuk menghadirkan bantuan kepada mangsa terjejas bencana. Adapun bantuan yang paling urgent akan kami hantarkan antaranya seperti temporary shelter, makanan siap masak, air minum, tilam dan selimut, perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kit kebersihan.
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
(Al-Maaidah 5:2)
Kami menjemput anda melakukan semampunya sahaja. Pada masa ini, doa dan sokongan anda amat berharga. Saudara-saudara kita berhak mendapat sokongan berterusan. Sokongan anda membolehkan kami membantu mereka yang terkesan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Pasukan Asar Humanity di lapangan melaporkan aktiviti pengagihan bantuan kecemasan untuk mangsa gempa bumi di Maghribi. Bantuan yang disampaikan terdiri daripada tilam, selimut, pakaian dan makanan asas seperti beras, kekacang, minyak dan makanan pelengkap lain.
Sejak 9 September, selepas gempa bumi, pasukan Asar Humanity meninggalkan Turki ke Marrakesh. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pasukan Asar antaranya lokasi kem pelarian yang tersebar di beberapa kawasan, diharapkan sumbangan daripada penderma dapat disalurkan kepada mangsa bencana.
Dilaporkan bahawa mereka yang tinggal di pergunungan masih sukar dijangkau dan tidak mendapat bantuan, maka sepasukan Asar Humanity bekerjasama dengan institusi tempatan pergi ke Kampung Tizi dan kampung lain yang jaraknya lebih 70 km dari Marrakesh.
Makluman juga bagi kami ciri-ciri orang Maghribi ialah mereka tidak begitu gemar mengambil gambar terutama semasa bencana ini, tetapi kami akan cuba sedaya upaya di lapangan untuk mengekalkan dokumentasi penyampaian bantuan kepada pelarian, dan juga akan dimaksimumkan dalam dokumentasi penyediaan dan mobilisasi bantuan.
Alhamdulillah bantuan anda telah diterima oleh penduduk kampung Tizi. Terdapat sekitar 214 keluarga di kampung tersebut, tiada kemalangan jiwa akibat gempa bumi di kampung ini. Bagaimanapun, majoriti rumah penduduk mengalami kerosakan sedikit hingga teruk, malah penduduk kampung memilih untuk tinggal di luar rumah kerana takut gempa susulan sehingga bumbung rumah yang mengandungi bahan pelekat boleh runtuh.
Barakallahu fiikum Tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih sumbangan yang diberikan bersama-sama kita dapat mengagihkan bantuan kecemasan kepada mangsa bencana gempa bumi di Maghribi. Semoga Allah melimpahkan pahala dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Teruskan mengikuti aktiviti pengagihan bantuan selanjutnya melalui halaman kempen ini.
Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Allahumaghfirlahum warhamhum wa’afihi wa’fuanhum.
Setakat ini, gempa bumi yang melanda Maghribi telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,122 orang mati dan 2,421 cedera.
Mari kirimkan doa terbaik kita untuk saudara-saudara kita di sana.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM60.00
Sep 18, 2023