Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,375 / 45.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
64 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Beberapa hari lalu kita dapatkan informasi bahwa penjana kuasa di Hospital Indonesia, hospital kedua terbesar di Gaza, telah kehabisan perkhidmatan akibat kehabisan bahan api. Ini bermakna tiada bekalan elektrik dan tiada lagi pembedahan, meletakkan nyawa individu dan pesakit yang cedera pada risiko yang teruk.
Hasbunallah wani’mal wakiil
Sudahlah lebih dari 2 jutaan warga di Gaza, diserang tanpa henti sejak 7 Oktober 2023, hospital terancam dihancurkan. Kini kesediaan perkhidmatan kesihatan pun Zionis batasi penyediaan bahan api penjananya. Ribuan rakyat biasa termasuk kanak-kanak dan warga emas memerlukan rawatan perubatan segera. Pemotongan bekalan elektrik dan bahan api penjana menyebabkan beberapa hospital tidak dapat menjalankan prosedur perubatan yang boleh menyelamatkan nyawa. Ini adalah bencana yang tidak sepatutnya berlaku.
Kita tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi penderitaan yang begitu besar. Kami menjemput anda untuk menyertai usaha membantu Gaza. Kami menggalakkan sumbangan bahan api untuk ambulans yang diperlukan segera supaya paramedik boleh terus bertindak balas dengan cepat kepada kecemasan perubatan yang sering mendesak. Kami juga meminta bantuan untuk menyediakan bahan api penjana kepada hospital, supaya prosedur perubatan kritikal dapat diteruskan.
Terus juga langitkan doa, karena sesungguhnya Allah SWT yang Maha Kuasa. Bermula dari RM10, kita akan membantu penyediaan bahan api ambulans dan hospital di Gaza. Kita tau sekatan Zionis menghambat datangnya pembukaan jalur di Rafah, namun kita tak boleh juga berdiam diri. Kita sediakan bantuan terbaik untuk membantu saudara-saudara kita yang berjuang untuk kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa.
Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal. Kami menerima laporan daripada pasukan Asar Humanity di Gaza.
Keadaan di Gaza amat membimbangkan, dengan ramai pesakit dan orang yang cedera di Hospital Al Rawda, Gaza Utara.
Asar Humanity wujud untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan melalui projek pembedahan percumanya, yang menyediakan penjagaan penting kepada mereka yang tidak dapat mendapatkan rawatan kerana kecemasan yang mereka hadapi. Usaha Asar Humanity amat dihargai oleh penduduk Gaza, yang mengharapkan kemurahan hati dan sokongan berterusan untuk mengekalkan misi penting ini.
Asar Humanity telah melakukan kerja yang luar biasa, tentunya dengan sokongan penuh insan-insan hati. Kami boleh menyokong ramai saudara dan saudari di Gaza, terutamanya di tengah-tengah tekanan besar ke atas hospital dan penutupan banyak kemudahan kesihatan.
Syukur Alhamdulillah, operasi ini telah dijalankan dengan jayanya, dan warga Gaza merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Asar Humanity.
Rana Bin Said adalah mangsa serangan udara yang berlaku di Gaza. Rumahnya musnah akibat dua serangan bom, mengakibatkan kehilangan seluruh keluarganya. Rana sendiri mengalami kecederaan serius di tangannya yang menyebabkan kerosakan meluas pada tulang di sendi siku. Dia terpaksa menjalani pembedahan untuk memasang implan platinum, yang menyebabkan ketidakselesaan untuk masa yang lama. Berkat sokongan Asar Humanity, Rana akhirnya dapat menjalani pembedahan membuang implan tersebut.
Hala Farwana, seorang gadis muda yang mengalami kecederaan dan memerlukan fixator pada kakinya, dari lutut ke paha. Selama kira-kira sembilan bulan, Ummu Hala cuba mendapatkan rawatan kesihatan anaknya dalam keadaan yang sukar. Syukur kepada Tuhan, dengan bantuan anda, pembedahan dapat mengeluarkan implan, menandakan berakhirnya babak yang menyakitkan dalam kehidupan gadis kecil ini.
Semoga keberkatan dan rezeki yang diterima menjadi bukti sokongan kita terhadap perjuangan mencapai kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah, Allah SWT telah mengurniakan umur kita pada hari Jumaat, hari yang istimewa dalam seminggu, di mana amalan kita akan digandakan oleh Allah. Jangan lepaskan keberkahan membaca shalawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan surat Al Kahf.
Di hari Jumaat ini, marilah kita memohon keampunan kepada Allah SWT, dan mendoakan yang terbaik untuk saudara kita di Palestin. Jangan berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara kita khususnya saudara kita yang sedang diserang di Gaza.
Semoga Allah SWT memberkati dan melindungi kita dalam aktiviti harian, serta memberikan ijabah atas segala doa, usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
SYARINI
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 03, 2023
MOHD SOLEHIN BIN MD SIDEK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 03, 2023