ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jul 18, 2023

INFAQ SIMEN DAN BAHAN PEMBINAAN MASJID DI PULAU MOYO

RM465 / 15.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Meraih pahala jariyah di hari terawal tahun baru Hijriah, jom kita bantu wujudkan pembinaan Masjid di pulau Moyo!


Memasuki awalan tahun 1445 Hijriah, kami melancarkan kembali kempen untuk pembinaan satu-satunya masjid di kampung Uba, Dusun Patedong, Desa Pulau Moyo. Kutipan dari kempen sebelumnya baru mencapai RM8000 secara keseluruhan. Kami masih memerlukan bantuan anda untuk membantu warga pulau Moyo memiliki masjid yang patut di kampung mereka.



Pulau Moyo berlokasi di bagian paling utara Kabupaten Sumbawa. Di bawah ke wilayahan kecamatan Labuan Badas, Pulau Moyo terdapat 2 desa iaitu desa Labuan Haji dan desa Sebotok. Di Desa Sebotok tepatnya di Dusun Patedong, Kampung Uba inilah masjid satu-satunya berdiri. Hampir saja warga kehilangan Masjid Al Iman yang sudah tegak 30 tahun.



Namun, nasib baik mereka dapat membina masjid yang baru, tapi tentu saja dengan penuh perjuangan. DI kampung ini, banyak warga emas yang masih bekerja menjadi tulang belakang keluaga. Mereka bekerja sebagai buruh pekebun atau sebagai pengrajin atap daun kelapa. Bekerja sebagai pembuat atap daun kelapa harganya Rp5000 atau RM3.50 per atapnya.



Hal itu tak jadi penghalang mereka terus berikhtiar, warga bersama-sama membina masjid mulai dari menyumbang RM1 atau RM2 dikutip dari keikhlasan dan kemampuan warga. Sampai saat ini kerja sama mereka menyelesaikan asas dan sebagian dinding masjid. Mereka sangat teringin menyelesaikan pembinaan masjid. Mereka sering kali sholat berjamaah di tengah asas dan dinding yang belum selesai dibina.




Asar Humanity menjemput anda untuk bersama-sama membantu mewujudkan masjid baru di Pulau Moyo ini. Di hari terawal tahun baru Hijriah ini mari kita mengumpulkan pahala dari amalan shalih. Salah satunya dengan berinfaq untuk membeli simen dan bahan pembinaan masjid Al-Iman yang baru di pulau Moyo.


Dari Jabir bin ‘Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga.” (HR. Ibnu Majah no. 738. Al-Hafizh Abu Thahir)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

HJH ASIAH SEKELUARGA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

HJH ASIAH SEKELUARGA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat