ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 24, 2023

INFAQ AWAL BULAN SYABAN MERAYU KEBERKAHAN DAN AMPUNAN DARI ALLAH SWT

RM345 / 11.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq memberikan makanan kepada asnaf agar maksimalkan amalan kebaikan di awal bulan Syaban!


Bulan Syaban merupakan salah satu daripada 4 bulan haram yang dalam firman Allah SWT adalah bulan yang mulia dan perlu dihormati:


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)




Maka hendaklah kita melipatgandakan amalan kebaikan kita untuk meraih redha dan merayu ampunan dosa dari Allah SWT. Karena pada bulan ini, buku amalan dan perbuatan akan diserahkan kepada Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang diriwayatkan dalam satu hadis:


“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rajab dan Ramadhan. Ini adalah bulan di mana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam kondisi berpuasa.” (Hadis riwayat An Nasa’i, Ahmad)



Semoga kita semua selalu istiqomah dalam berbuat amalan kebaikan. Asar Humanity menjemput anda untuk menambah amalan kebaikan di bulan Syaban, salah satunya dengan berinfaq sebagai amalan berkhidmat kepada Allah dan mendekatkan diri merayu rahmatNya. InshaAllah infaq ini akan diagihkan untuk bantuan makanan saudara-saudara yang tidak berkemampuan. Di antaranya akan disalurkan kepada anak yatim, tahfiz Al Quran, warga emas, orang kurang upaya (OKU), warga terjejas bencana, korban kecemasan dan golongan asnaf lainnya.



Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

JANNAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2023

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat