Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM290 / 9.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bulan Zulhijjah sebentar lagi akan berakhir. Kami tidak akan luput mengingatkan kembali kepada anda bahwa keutamaan bulan Zulhijjah sebagai salah satu bulan haram, iaitu bulan yang harus dihormati dengan mengerjakan amalan-amalan sholih dan menjauhkan diri dari maksiat.
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (At-Taubah 9:36)
Asar Humanity menjemput anda untuk memaksimalkan akhir bulan haram Zulhijjah dengan salah satu amalan sholih iaitu berinfaq dari pada sebahagian harta yang anda miliki. InshaAllah infaq anda akan diagihkan dalam bentuk makanan berkhasiat. Makanan berkhasiat ini akan dihantarkan kepada warga fakir miskin. dan mereka yang tidak memiliki kemampuan menyara makanan berkhasiat. InshaAllah pek makanan berisi nasi, sayur, lauk pauk protein dan air mineral dari anda akan mendatangkan kebahagiaan dan keberkahan.
Kami ucapkan juga banyak terima kasih karena anda sudah terus membantu meringankan kelaparan orang-orang yang membutuhkan. Kebaikan dan kebahagian ini jangan berhenti di sini. Kami ingin kebahagiaan dan kebaikan ini terus berlanjut. Mari teruskan kebahagiaan ini yang lebih luas lagi. Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2023