Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM90 / 3.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam menyambut cahaya bulan Ramadhan yang semakin hampir, marilah kita berganding bahu memastikan anak-anak pelajar maahad dhuafa dapat makan dengan zat pemakanan yang cukup. Sebagai pusat pembelajaran yang merangkumi kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang keluarga, maahad menjadi pelabuhan bagi mereka yang menuntut ilmu tanpa mengira taraf ekonomi.
Di sebalik kilauan ilmu yang dipelajari, terselit satu realiti yang menyentuh hati. Pengasas Maahad dengan hati yang ikhlas membuka pintu tanpa mengenakan yuran pengajian, namun operasi Maahad bergantung kepada belas ihsan para dermawan.
Selalunya, dana yang terhad memaksa pengasas Maahad menguruskan perbelanjaan, malah untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan. Di bulan yang mulia Ramadan, apabila pelajar cuba memaksimumkan ibadah dan pembelajaran, marilah kita bersama-sama menyahut seruan hati untuk memberikan bantuan makanan berkhasiat kepada mereka.
Di 10 hari terakhir bulan Sya'ban ini, sambil kita memperbanyakkan amal ibadah, mulai RM10 sumbangan akan dikutip untuk nantinya diagihkan dalam bentuk makanan siap masak lazat dan berkhasiat. Jom jadikan Ramadhan kali ini sebagai momentum untuk menggembirakan orang lain terutama mereka yang sangat memerlukan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkahan kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Feb 29, 2024