Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM805 / 26.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tiada kata-kata yang dapat menyampaikan dengan sempurna kesedihan yang dirasa oleh saudara kita yang menjadi mangsa. Di antara mereka, terdapat banyak kanak-kanak yang tidak bersalah meninggal dunia karena malnutrisi, seorang bapak tua yang sakit seharusnya mendapatkan makanan sehat, tetapi karena sekatan dan kekejian Zionis ia meninggal dunia karena tidak ada nutrisi dari makanan untuk kesembuhannya. Hasbunallah wani’mal wakiil.
Seiring Ramadan yang hampir tiba, kita masih menyaksikan dengan sedih kekejaman dan penindasan yang diterima oleh saudara-saudara kita di Gaza, yang menghalang mereka daripada memperoleh makanan yang diperlukan. Kita tidak boleh membiarkan mereka berpuasa tanpa berbuka di waktu petang.
Kisah-kisah tentang kesukaran mencari makanan, seperti seorang bapa yang kehilangan anaknya dalam usaha mendapatkan sebungkus tepung, adalah contoh yang nyata tentang kekejaman yang mereka hadapi setiap hari di Gaza. Beliau tidak pernah menyangka bahawa perjalanan singkat untuk mendapatkan makanan akan berakhir dengan kehilangan anaknya.
Sebelum ini, sumbangan anda telah membantu kami menyediakan makanan sedia untuk dimakan kepada pelarian di beberapa kem pelarian Deir Al Balah. Ayuh teruskan misi kebaikan ini! Saudara-saudara kita di Gaza masih memerlukan bantuan kita. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, kerana di bulan yang mulia ini, Zionis malah bertindak menyusahkan saudara kita di Palestin.
Kita tidak boleh lagi membiarkan anak-anak kecil kelaparan atau bayi tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Kita tidak boleh membiarkan mereka diancam oleh penyakit kerana hanya makanan haiwan yang tersedia untuk mereka.
Dengan bermula dari sumbangan serendah RM10, InshaAllah kita dapat menyediakan makanan hangat yang berkhasiat bagi pelarian di Gaza. Setiap sumbangan adalah tanda sokongan kita terhadap perjuangan mereka dan satu langkah kecil namun bermakna dalam mempertahankan tanah air Palestin serta pembebasan Al Aqsa.
Mari bersama-sama berdiri teguh dalam solidariti untuk mereka yang memerlukan bantuan kita. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan rezeki yang penuh berkah.
Kami ingin membagikan bagaimana saudara-saudara kita di Gaza berbuka puasa. Beberapa rakan tim Asar Humanity yang tersebar di wilayah Deir Al Balah melaporkan dari kem-kem pelarian saudara kita. Inilah situasi menjelang berbuka puasa di sana, saudara kita harus beratur untuk mendapatkan makanan. Serangan dan sekatan terhadap bahan makanan oleh Zionis mengakibatkan saudara kita tak punya persediaan untuk kebutuhan makanan harian.
Kanak-kanak, orang tua, ibu bapa, semua harus beratur. Ini bukanlah yang mereka inginkan. Seharusnya saudara kita di Gaza, bisa duduk di rumah bersama keluarga, berbuka puasa dengan kenyamanan. Hasbunallah wanikmal wakiil.
Memaknai Ramadan ini bukan hanya menahan lapar, tetapi juga bagaimana kita dapat bermuhasabah alhamdulillah masih Allah berikan nikmat dan rezeki. Memasuki 10 hari pertengahan Ramadan di mana Allah cucuri hambaNya dengan keampunan. Mari kita panjatkan doa, merayu Yang Maha Pengampun, agar mengampuni kita. Belum banyak yang kita lakukan untuk saudara kita di Palestin. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 20, 2024
ABD AZIZ MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2024
ABD AZIZ MOHAMED
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 14, 2024