MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Aktif sejak Jul 15, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'

SSM : SA0504003-P

Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023

Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Jumlah pelajar : 24 orang

Jumlah tenaga pengajar : 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’ ini melalui transfer online ke

BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’)

No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor. , 47130, Puchong, Selangor, Malaysia
madrasahtahfizmahiratunnisa@gmail.com
60176393536
0176393536

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya rabbil sembokanlah penyakit ku ini dan bagilah pahala sedekah ini keatas isteriku..aminn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Derma wakaf untuk ibu2 dan bapa2 sy Ider bin Dahlan Kamariah binti kamaruddin Mariah binti ebot Arwah Che Ani bin napiah

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Alllah....Jodohkanlah aku dengan seorang bidadari syurga yang akan selalu mengingati daku pada Allah....dan mencintai keluargaku seperti keluarganya sendiri....

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,terima amalan,solat dan sedekah kami ke jalan keredhan Mu..Aamiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Tuhan Maha Penyembuh, sihatkan aku dan lindungi keluargaku dari wabak covid yang melanda sekarang ni.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Rabb.. Terimalah sedekah jumaat ni.. Pahala Amalan ini di hadiah kan kepada Osman Bin Abd Rahman dan jamilah annuar.. Amiin YRA..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: