MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Aktif sejak Jul 15, 2021

Tentang Penganjur

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa'

SSM : SA0504003-P

Kod Sekolah Jais/Jakim: BZH9023

Alamat : No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor

Jumlah pelajar : 24 orang

Jumlah tenaga pengajar : 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

Anda boleh memberi sumbangan ke Tabung KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’ ini melalui transfer online ke

BANK MUAMALAT 12140000236718 (MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’)

No.15, Jalan PP 2/18, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor. , 47130, Puchong, Selangor, Malaysia
madrasahtahfizmahiratunnisa@gmail.com
60176393536
0176393536

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah peliharalah keluargaku dari segala penyakit dan mara bahaya. Ku pohon padamu agar permudahkan urusan suamiku,anak2ku dalam menuntut ilmu. Berjaya dunia akhirat dan jadi anak soleh

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ampunilah dosaku,isteriku,anak2ku,ibubapaku,guru2,adik beradik,luaskan rezeki kami,tempatkan kami dalam syurgamu,tambahkan kebahagiaan kami, jauhkan kami dari perkara yg tidak elok

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah mohon bebaskan aku dari tuduhan dan dapat pindah duduk bersama anak dengan suami disamping jaga mak dan membantu adik beradik.jauhkan dari wabak

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga sumbangan yg kecil ini d berkati dan diredhai Allah..semoga pusat pembelajaran ini terus melahirkan ahli syurga..jika Ada sedikit pahala dr sumbgn ini,sy berikan kepada ibu bapa saya.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Pahala sumbangan ini untuk arwah abd rani bin abdullah..semoga d cucuri rahmat keatas rohnya dan selamat sejahtera di akhirat..Semoga sumbangan ini bermanfaat brjalan dengan lancar..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Lindungi lah ibu bapa ku dari api neraka..sedarkan la mama mertua ku dari koma..aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: