PENAMBAHBAIKAN DEWAN BERBUMBUNG DAN BILIK TUMPANGAN PARA JEMAAH MUSAFIR

RM848 / 1.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita berganding bahu untuk membantu penambahbaikan surau ini agar penduduk dan para jemaah musafir yang kurang berkemampuan dapat berlindung di surau ini. Aminn


Assalamualaikum wbt. Saudara dan saudari sekalian, kami memohon dana tambahan bagi membantu proses penambahbaikan surau As Siddik Espalanade Siddik Kudat, Sabah. Jom kita bantu penambahbaikan Surau As Siddik Espalanade Siddik Kudat sebelum ketibaan bulan Ramadhan.




Ramadhan semakin dekat, kurang 3 bulan lagi. Bagi saudara ku yang beragama Islam di tempat lain, sudah pasti mempunyai keselesaan untuk melakukan ibadah di surau  yang serba lengkap. Namun, bagi surau ini yang sering menjadi kunjungan para jemaah yang bermusafir dari luar daerah kudat, mereka ingin mencari surau yang terdekat dan sekaligus utk mencari bilik tumpangan bermalam bagi yang kurang berkemampuan dan dapatlah para jemaah musafir merasai suasana surau yang serba lengkap.


Pada bulan Ramadhan pada beberapa tahun lalu, kebimbangan disuarakan oleh jemaah terhadap keadaan surau yang kurang selesa dan kurang lengkap. Penduduk amat mengharapkan keadaan surau akan menjadi lebih baik dengan penambahbaikan yang dilakukan dan mempunyai kesempatan meraikan Ramadhan yang datang dengan penuh keberkatan.





Setidak-tidaknya, harapan penduduk agar dewan berbumbung dapat disiapkan dengan segera. Kita bantu selagi perlu, kongsi selagi mampu. Sama-samalah kita berikhtiar membantu mereka yang amat memerlukan. Sekaligus, mengembalikan suasana beribadah yang cukup selesa di dalam bulan Ramadhan yang akan datang. Besarlah harapan kami untuk kita semua saling membantu dan menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Salam kebaikan buat semua para penyumbang yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 14, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat